Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kepimpinan pelbagai faktor (multifactor) gurubesar mengikut pandangan guru dan ibu bapa, Kajian ini menggunakan pendekatan qualitatif iaitu tinjauan soalselidik untuk mendapatkan data. Kajian melibatkan 200 orang sampel terdiri daripada lima buah sekolah rendah dan ibu bapa di kawasan bandaraya Kuching Utara, Sarawak yang sama bekerja dan mengenali gurubesar mereka. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru lelaki dan guru wanita terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar mereka, tetapi mereka sekata mengatakan gurubesar mereka memiliki sifat kepimpinan "motivasi inspirasi" (inspirational motivation) dan "tingkahlaku idaman" (idealized behavior) (Mean = 3.0). Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru dan ibu bapa terhadap keberkesanan kepimpinan guru besar dari segi "pertimbangan individu" (individual consideration) (t = 4.014; p<.01) dan "gaya bersahaja" (laissez-faire) (t=2.929; p<.05). Dari segi etnik, orang Melayu bertanggapan "tingkahlaku idaman” (idealized behavior) (F=6.086; p<.001) dan "motivasi inspirasi" (inspirational motivation) (F=5.168; p<.05) sebagai cirri utama kepimpinan gurubesar yang berkesan, manakala orang Cina bertanggapan "stimulasi intelektual" (intellectual stimulation) (F=3.661; p<.05) dan "pertimbangan individu" (individual consideration) (F=3.256; p<.05) sebagai ciri utama kepimpinan gurubesar yang berkesan. Kajian juga mendapati bahawa "motivasi inspirasi” (inspirational motivation) mempunyai korelasi signifikan yang paling tinggi dengan "stimulasi intelektual”
intellectual stimulation) (r=.795; p<.01); "tingkahlaku idaman" (idealized behavior) (r= 704; p<.01); dan "kepuasan" (satisfaction)(r=. 702; p<.01). Kesemua ciri-ciri kepimpinan ini adalah ciri kepimpinan transformasional. Keberkesenan dan kejayaan sesuatu kepimpinan bukanlah semata-mata kerana kedudukannya, tetapi lebih kepada penguasaan ilmu serta kemahiran peribadi yang boleh diubahsuai menjadikan kepimpinannya berkesan. Kesimpulannya, dapatan kajian adalah amat berguna kepada pihak-pihak yang berminat dalam bidang kepimpinan di sekolah khususnya pemimpin sekolah dan beberapa saranan juga dikemukakan untuk pengkaji-pengkaji yang akan datang supaya kita akan lebih memahami keberkesanan pemimpin sekolah.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bujang, Mohamad Zain 2009408652 |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
Programme: | Master of Education (Educational Management and Leadership) |
Keywords: | Headmaster,Teachers,Parents,Primary School |
Date: | October 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37160 |
Download
37160.pdf
Download (1MB)