Abstract
Dalam era globalisasi, persekitaran tempat kerja menjadi semakin kompleks dan canggih. Peranan guru juga menjadi semakin mencabar dalam memenuhi kehendak masyarakat dan organisasi. Walaubagaimanapun, salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan organisasi terpamer dalam komitmen organisasi dan pencapaian dari ahlinya. Kajian lampau membuktikan bahawa tingkah laku kepimpinan transformasi memainkan peranan penting dalam meningkat komitmen dalam kalangan guru. Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti hubungan di antara komitmen organisasi dan tingkahlaku kepimpinan transformasi dalam kalangan guru sekolah rendah di Padawan, Kuching, Sarawak. Kajian ini mengunakan kaedah tinjauan yang bersifat diskrptif - korelasi. Soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi tujuan mendapat matlumat. Seramai 111 orang guru dari sekolah rendah di sekitar Dearah Padawan, Kuching, Sarawak, telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan menunjukan bahawa komitmen organisasi dalam kalangan guru adalah sederhana. Dapatan juga menunjukan bahawa guru berpersepsi bahawa gurubesar mereka mempunyai tingkahlaku kepimpinan transformasi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan sederhana antara tingkah laku kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa membangunkan kompentensi kepimpinan transformasi sangat penting bagi meningkatkan komitmen dalam kalangan guru.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nawie, Nako Nawi @ Jeffry Renos 2009681446 |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > School management and discipline L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Education and state |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
Programme: | Master of Education in Educational Management And Leadership |
Keywords: | Organizational commitment, Transformational leadership, Teacher |
Date: | November 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37125 |
Download
37125.pdf
Download (1MB)
Digital Copy
Physical Copy
- Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
- Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak