Abstract
Kajian perbandingan kawalan serangga perosak pada tanaman sawi bunga,
Brassica chinensis var parachinensis (Bailey) di ladangkongsi UiTM Cawangan
Pahang, Kampus Jengka dibincangkan. Sawi bunga diberikan empat (4) perlakuan
iaitu perangkap cahaya ultra ungu (UV), racun kimia, feromon dan warna kuning dan
kawalan Bagi racun kimia dan kawalan, kaedah sapuan digunakan. Purata
bilangan individu serangga yang berjaya ditangkap gabungan replikasi pertama dan
kedua bagi perangkap cahaya ultra ungu (UV), racun kimia, feromon dan warna
kuning dan kawalan masing-masing adalah 1180 ± 290, 48 ± 8, 202 ± 22 dan 60 ±
10 bagi setiap perlakuan. Serangga perosak telah menyebabkan kerosakan kepada
tanaman sawi. Didapati min peratus kerosakan pada daun sawi yang dicerap bagi
replikasi pertama masing-masing adalah 3.67 ± 0.54,3.15 ± 0.41,2.91 ± 0.35 dan
14.21 ± 1.29. Manakala bagi replikasi kedua, masing-masing mencatatkan 2.81 ±
0.38,168 ± 0.27,2.45 ± 0.35 dan 12.58 ± 1.11. Hasil kajian ini menunjukkan bagi
kedua-dua replikasi, perlakuan perangkap cahaya, racun kimia dan feromon dan
warna adalah berbeza secara bererti (p<0025) berbanding kawalan. Namun
perbandingan bagi ketiga-tiga perlakuan menunjukkan tiada perbezaan bererti
(p>0.025). Kertas kerja ini akan membincangkan jenis perlakuan yang disyorkan
kepada Unit Ladang dan Program Diploma Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan
Pahang agar kualiti tanaman sawi dapat dipertingkatkan pada masa akan datang
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustaffa, Muzamil mmuzamil@uitm.edu.my Hashim, Sarina hsarina@uitm.edu.my |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases > Pest control and treatment of diseases. Plant protection S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases > Pest control and treatment of diseases. Plant protection > Pesticides > Insecticides |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Gading Jurnal Akademik |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
ISSN: | 0128-5599 |
Volume: | 1,2 |
Number: | 8 |
Page Range: | pp. 99-103 |
Keywords: | Kawalan serangga perosak, Sawi bunga, Brassica chinensis var parachinensis (Bailey), UiTM Cawangan Pahang. |
Date: | January 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37072 |