Mesra alam: kitar semula plastik / Afidah Osoman…[et al.]

Osoman, Afidah and Ali Din, Nuraliza and Hamzah, Siti Khatijah and Mohd. Yusof, Yusniza and Abu Kassaim, Zanariah (1998) Mesra alam: kitar semula plastik / Afidah Osoman…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Kami sebagai penuntut di semester 5, telah diarahkan oleh pensyarah ETR 300, Encik Hameed Mohd. Mydin, untuk mencadangkan satu rancangan penuagaan kepada bakal usahawan yang berminat dan berkeyakinan untuk menceburi perusahaan yang akan kami cadangkan ini dengan menggunakan modal sebanyak RM10,000 dan didaftarkan dibawah kepunyaan tunggal. Kami juga tidak mempunyai pengkhususan kerja seperti pegawai kewangan, pentadbiran dan sebagainya seperti yang sering dilakukan oleh rancangan perniagaan yang lain memandangkan kami cuma mencadangkan rancangan perniagaaan dan bukan kami yang menjalankan perniagaan ini.
Kami mencadangkan perusahaan kitar semula plastik ini didaftarkan menggunakan nama “MESRA ALAM”. Kami mencadangkan MESRA ALAM sebagai nama perusahaan ini memandangkan ianya bersesuaian dengan tujuan asal perusahaan yang dicadangkan iaitu untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan mengitar semula lebihan plastik. Kami mencadangkan agar perusahaan ini berlokasi di Taman Asean, Malim Jaya, Melaka.
Perusahaan ini dicadangkan mula beroperasi pada 1 Januari 2000. Bentuk perusahaan kepunyaan tunggal ini mempunyai banyak kebaikan, antaranya ialah ia mudah untuk diuruskan, ditubuhkan dan dibubarkan kerana keputusan penting boleh dibuat dengan cepat oleh pemilik perusahaan tanpa pertu berunding dengan pihak lain, Selain itu, keuntungan
sepenuhnya menjadi hak pemilik perusahaan dan ianya tidak banyak tertakluk kepada peraturan dan perundangan kerajaan. Pada masa sekarang jelas kelihatan bahawa kebanyakkan usahawan hanya memikirkan keuntungan semata-semata tanpa menghiraukan kebersihan alam sekitar. Justeru itu adalah menjadi tujuan asal kami mencadangkan perusahaan ini untuk mempelawa bakal-bakal usahawan bersama-bersama menjaga alam sekitar dengan menceburi industri kitar semula lebihan dan botol-botol plastik. Seperti yang kita lihat sekarang, penjagaan alam sekitar bukan hanya diaplikasikan kepada institusi pendidikan tinggi dan rendah sahaja tetapi usahawan juga boleh turut sama menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan wang ke arah persekitaran yang bersih.
Secara umumnya, kami mencadangkan rancangan perusahaan bagi tempoh 5 tahun bermula dan tahun 2000 hingga tahun 2004. Pada tahun pertama dan kedua, kami mencadangkan perusahaan ini hanya mengambil upah menghancurkan lebihan plastik daripada pengilang produk plastic, ini kerana dengan menjalankan aktiviti ini, jumlah wang yang dikumpulkan akan dapat ditambah ke dalam modal. Pada tahun ke 3 dan 4 pula kegiatan mengambii upah masih dijalankan tetapi ditambah dengan proses mengangkut, membasuh, menghancur dan memasak lebihan plastik yang dibeli atau diambil dan kilang-kilang plastik yang akhirnya menghasilkan butiran plastik yang kecil. Bagi tahun keliama pula, kami mencadangkan aktiviti yang sama dengan tahun 3 dan 4 diteruskan tetapi kali sumber bukan hanya diambil di kilang-kilang, tetapi juga botol-botol plastik turut diambil di premis-premis makanan. Di samping itu juga kami mencadangkan agar pengusaha/usahawan memikirkan jenis produk yang akan dikeluarkan berasaskan plastik hasil kitar semula ini pada tahun 5 kerana selepas tahun ke 5 perusahaaan telah mampu untuk mengeluarkan produk sendiri. Produk cadangan kami ialah botol minyak, botol ubat, botol gula-gula, alat pennainan kanak-kanak dan botol mineral.
Pasaran terhadap produk (butiran plastik dan produk cadangan) didapati akan meningkat
apabila permintaan terhadapnya meningkat berikutan galakkan daripada kerajaan terhadap
industri kitar semula plastik ini. Keuntungan yang akan didapati oleh perusahaan cadangan kami ini walaupun tidak berlipat ganda, namun amat membanggakan kerana akhirnya perusahaan ini dapat mengeluarkan produk sendiri dengan modal RM10000. Oleh itu, walaupun perusahaan ini bermodal kecil, namun ia masih mampu mewujudkan ¬¬sebuah perusahaan yang masih dianggap baru di ncgara ini.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osoman, Afidah
96823802
Ali Din, Nuraliza
96557963
Hamzah, Siti Khatijah
96908715
Mohd. Yusof, Yusniza
96699859
Abu Kassaim, Zanariah
96897528
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohd. Mydin, Abdul Hameed
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development; Kitar semula; Plastik
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36816
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 36816.pdf] Text
36816.pdf

Download (171kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

36816

Indexing

Statistic

Statistic details