Abstract
Keusahawanan begitu asing kepada kita sehinggalah selepas Merdeka. Bermula pada pertengahan tahun 1997 menyedari kepincangan orang melayu yang mundur dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan dan perdagangan dibandingkan dengan orang cina. Oleh itu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan telah menyediakan orang ramai khususnya kaum bumiputera tentang pentingnya bidang keusahawanan ini. Sesungguhnya menjalankan aktiviti keusahawanan adalah fardu kifayah iaitu jika tiada umat Islam yang terlibat dalam bidang ini maka seluruh umat Islam akan berdosa. Sektor pembuatan merupakan satu bidang perniagaan yang kurang diceburi dengan sepenuhnya oleh kaum bumiputera. Masih ramai yang tidak mengetahui prospek perniagaan ini secara mendalam. Menyedari hakikat ini, maka timbullah idea dalam fikiran kami untuk menerajui bidang pembuatan ini. Jesteru itu, selaras dengan seruan kerajaan dalam menjayakan wawasan 2020 dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), kami mengambil inisiatif untuk menceburi sektor pembuatan ini dan memperolehi pulangan yang lumayan.
Alyzar Scarf Manufacture merupakan sebuah perkongsian diantara 6 ahli kongsi yang berjanji akan memberikan kepuasan yang maksimum serta menepati citarasa masa kini. Kami yakin perkongsian ini akan mencapai matlamat yang dirancang memandangkan potensi untuk berjaya dalam pemiagaan ini amatlah cerah. Galakan dari kerajaan menambahkan lagi keyakinan dan kesungguhan kami untuk maju dengan bersaing dalam bidang pembuatan ini. Dan ditambah dengan lokasi pemiagaan yang amat strategic iaitu berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.
Alyzar Scarf Manufacture telah menyediakan rancangan perniagaan yang mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu dengan menghasilkan “Tudung Renda Bermanik” yang eksklusif dan bermutu tinggi. Ini merupakan satu gabungan diantara tudung renda dan tudung manik. Semoga dengan penghasilan tudung ini akan lebih meningkatkan lagi daya usaha bumiputera di Malaysia serta menaikkan taraf umat islam.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saleh, Abdul Rahman 95749707 Othman, Azham 95644399 Mohd Aziz, Azila 95661244 Sidek, Harlina 95439026 Abdul Rahman, Liliwaty 95354383 Noh, Mohd Zarr 95211022 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hussin, Shamsudin UNSPECIFIED Thesis advisor Zainuddin, Asmah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Textile industry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36672 |
Download
36672.pdf
Download (673kB)