Kajian penggunaan internet di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (Zon Utara) / Mahadi Mahmood ... [et al.]

Mahmood, Mahadi and Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed Alhady and Bujang, Arshad and Abdul Malik, Anis Faradella (2005) Kajian penggunaan internet di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (Zon Utara) / Mahadi Mahmood ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kewujudan Internet telah banyak menukar corak kehidupan masyarakat masa kini.
Internet telah membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses maklumat dengan
lebih cepat samada maklumat yang berguna atau pun maklumat yang boleh
merosakkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Di dalam bidang pendidikan, ledakan
maklumat di dalam Internet ditambah dengan kemudahan mengakses maklumat
melalui Internet yang semakin mudah menyebabkan penggunaannya semakin hari
semakin popular di kalangan pelajar. Penggunaan Internet telah banyak membantu
para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam bidang pengajian mereka
disamping sebagai suatu alat untuk mereka berkomunikasi diantara satu sama lain
dengan lebih cepat dan murah. Kajian "Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar
UiTM Zon Utara" ini dilakukan dengan matlamat untuk melihat sejauhmana
prasarana Internet yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UiTM dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para pelajar dalam bidang pengajian masing-masing. Disamping itu
kajian ini juga dapat melihat trend penggunaan Internet di kalangan pelajar samada
lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti akademik atau pun lebih kepada rekreasi dan
juga penyalahgunaan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahmood, Mahadi
UNSPECIFIED
Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed Alhady
UNSPECIFIED
Bujang, Arshad
UNSPECIFIED
Abdul Malik, Anis Faradella
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions:
Keywords: Internet, akses, Universiti Teknologi MARA
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3640
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MAHADI_MAHMOOD IRDC 05_5.pdf] Text
LP_MAHADI_MAHMOOD IRDC 05_5.pdf

Download (808kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

3640

Indexing

|

Statistic

Statistic details