Abstract
Kewujudan Internet telah banyak menukar corak kehidupan masyarakat masa kini.
Internet telah membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses maklumat dengan
lebih cepat samada maklumat yang berguna atau pun maklumat yang boleh
merosakkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Di dalam bidang pendidikan, ledakan
maklumat di dalam Internet ditambah dengan kemudahan mengakses maklumat
melalui Internet yang semakin mudah menyebabkan penggunaannya semakin hari
semakin popular di kalangan pelajar. Penggunaan Internet telah banyak membantu
para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam bidang pengajian mereka
disamping sebagai suatu alat untuk mereka berkomunikasi diantara satu sama lain
dengan lebih cepat dan murah. Kajian "Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar
UiTM Zon Utara" ini dilakukan dengan matlamat untuk melihat sejauhmana
prasarana Internet yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UiTM dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para pelajar dalam bidang pengajian masing-masing. Disamping itu
kajian ini juga dapat melihat trend penggunaan Internet di kalangan pelajar samada
lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti akademik atau pun lebih kepada rekreasi dan
juga penyalahgunaan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahmood, Mahadi UNSPECIFIED Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed Alhady UNSPECIFIED Bujang, Arshad UNSPECIFIED Abdul Malik, Anis Faradella UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | |
Keywords: | Internet, akses, Universiti Teknologi MARA |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3640 |
Download
LP_MAHADI_MAHMOOD IRDC 05_5.pdf
Download (808kB)