Abstract
Gua Kota Gelanggi yang mempunyai kesan tinggalan sejarah penempatan manusia 1500 tahun dahulu, terletak di daerah Jerantut, Pahang dikatakan sebuah kota lama yang gemilang pada zamannya. Dalam tulisan Sejarah Melayu ada menyebut Kota Gelanggi sebagai Kota Kelangkio atau Klang Kio. Ia merupakan sebuah tinggalan sejarah yang indah dengan flora dan fauna serta mempunyai banyak gua-gua kecil di kawasan tersebut. Permukaan dinding-dinding gua yang bergerutu memberi seribu inspirasi bagi Suzlee Ibrahim dalam adaptasi abstraknya; Kingdom Series. Pelukis telah mendapat ilham untuk menterjemah Gua Kota Gelanggi ke atas catan abstrak melalui pengalaman ekspedisi beliau ke lokasi tersebut. Catan abstrak Suzlee merupakan karya yang berbentuk ekspresionis, lahir dari luahan rasa peribadi sepertimana karya-karya abstrak yang sealiran dengannya. Pelukis-pelukis terdahulu seperti Pollock, de Kooning dan Kline merupakan di antara pelukis abstrak ekspresionis yang menjadi rujukan kepada Suzlee. Pengalaman mendaki dan menuruni cerun yang curam dalam kegelapan belantara merupakan satu pengalaman baru buatnya. Perasaan cemas dan tertekan bercampur aduk dengan rasa ingin tahu menerbitkan satu rasa kepuasan di akhir ekspedisi. Ekspresi pelukis ke atas kanvas mengajak khalayak supaya bersama-sama menghayati estetika hasil dari inspirasi ekspedisi Gua Kota Gelanggi. Catan daripada siri ini diolah melalui gabungan teknik-teknik penghasilan catan konvensional yang digabung dengan teknik kolaj untuk mewujudkan tekstura yang jelas di atas permukaan kanvas. Bahan lain yang digunakan ialah akrilik dan cat minyak.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Suzlee suzlee@aswara.edu.my Aris, Asliza aslizaaris@yahoo.com |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Social conditions. Social life and customs. Civilization. Intellectual life |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 688-709 |
Keywords: | Kota Gelanggi, catan, abstrak |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35785 |