Tenun Pahang Diraja: melestarikan kesenian warisan Melayu melalui aktiviti tenun dalam kalangan banduan / Habibah Abdul Jabbar...[et al.]

Abdul Jabbar, Habibah and Bujang, Rahmah and Hamidon, Nor Azlin and Ab Aziz, Arba’iyah (2015) Tenun Pahang Diraja: melestarikan kesenian warisan Melayu melalui aktiviti tenun dalam kalangan banduan / Habibah Abdul Jabbar...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Download

[thumbnail of 35780.pdf] Text
35780.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tenun Pahang Diraja (TPD) merupakan salah satu seni tenunan warisan Melayu yang menjadi identiti kesenian di Malaysia. Seni tenunan ini, dihasilkan dengan menggunakan teknik tradisional bagi mengekalkan nilai estetikanya kerana fabrik ini menjadi persalinan utama bagi upacara rasmi kerajaan Melayu sejak dahulu lagi. Kini seni tenunan ini telah menjadi sebahgaian daripada tekstil esklusif yang terdapat dipasaran. Arus kemajuan dunia tekstil dekad ini telah mendorong keinginan pengguna untuk menikmati perubahan tekstil tenun sesuai dengan kepesatan reka corak tekstil semasa. Justeru, usaha dilakukan untuk menyesuaikan rekaan kain TPD bermula daripada aspek teknik dan peralatan dan seterusnya memperkenalkan inovasi struktur tenun berlandaskan kreativiti sesuai dengan kearifan penenunnya. Keindahan dan kesenian yang diusahakan oleh golongan wanita Melayu ini perlu dikekalkan dengan memberi nafas baru pada seni tenunan ini dan mendokumentasikannya agar ia tidak tenggelam oleh kepesatan teknologi global. Bengkel TPD adalah salah satu latihan yang disediakan untuk para banduan. Selain itu Jabatan Penjara Malaysia juga komited dan bertanggungjawab dalam penyediaan program berbentuk kerohanian dan kejasmanian. Sasarannya adalah untuk menjadikan para banduan rakyat yang tahu menghargai diri, bertanggungjawab, berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai murni, membentuk jati diri yang positif dan menjadi insan yang produktif. Untuk merealisasikan harapan ini seksyen perusahaan dan vokasional dipertanggungjawabkan untuk melatih dan memberi input jangka panjang dan seterusnya meningkatkan kemahiran banduan. Eksperimen bersama pihak penjara dan banduan dalam memperbaharui struktur fabrik dan kek tenun ternyata membuka lembaran baru kain tradisi ini. Hasilnya, TPD adalah sebahagian daripada seni warisan yang sedang berkembang di dalam penjara dengan penerapan unsur-unsur inovasi dalam rekaan selain mengekalkan ciri-ciri warisannya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Abdul Jabbar, Habibah
bibah148@salam.uitm.edu.my
Bujang, Rahmah
rahmah@um.edu.my
Hamidon, Nor Azlin
norazlin@um.edu.my
Ab Aziz, Arba’iyah
arbaiyah@salam.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 648-660
Item ID: 35780
Uncontrolled Keywords: Tenun Pahang Diraja, Inovasi, Eksperimen, Banduan
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35780

ID Number

35780

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item