Abstract
Tenun Pahang Diraja (TPD) merupakan salah satu seni tenunan warisan Melayu yang menjadi identiti kesenian di Malaysia. Seni tenunan ini, dihasilkan dengan menggunakan teknik tradisional bagi mengekalkan nilai estetikanya kerana fabrik ini menjadi persalinan utama bagi upacara rasmi kerajaan Melayu sejak dahulu lagi. Kini seni tenunan ini telah menjadi sebahgaian daripada tekstil esklusif yang terdapat dipasaran. Arus kemajuan dunia tekstil dekad ini telah mendorong keinginan pengguna untuk menikmati perubahan tekstil tenun sesuai dengan kepesatan reka corak tekstil semasa. Justeru, usaha dilakukan untuk menyesuaikan rekaan kain TPD bermula daripada aspek teknik dan peralatan dan seterusnya memperkenalkan inovasi struktur tenun berlandaskan kreativiti sesuai dengan kearifan penenunnya. Keindahan dan kesenian yang diusahakan oleh golongan wanita Melayu ini perlu dikekalkan dengan memberi nafas baru pada seni tenunan ini dan mendokumentasikannya agar ia tidak tenggelam oleh kepesatan teknologi global. Bengkel TPD adalah salah satu latihan yang disediakan untuk para banduan. Selain itu Jabatan Penjara Malaysia juga komited dan bertanggungjawab dalam penyediaan program berbentuk kerohanian dan kejasmanian. Sasarannya adalah untuk menjadikan para banduan rakyat yang tahu menghargai diri, bertanggungjawab, berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai murni, membentuk jati diri yang positif dan menjadi insan yang produktif. Untuk merealisasikan harapan ini seksyen perusahaan dan vokasional dipertanggungjawabkan untuk melatih dan memberi input jangka panjang dan seterusnya meningkatkan kemahiran banduan. Eksperimen bersama pihak penjara dan banduan dalam memperbaharui struktur fabrik dan kek tenun ternyata membuka lembaran baru kain tradisi ini. Hasilnya, TPD adalah sebahagian daripada seni warisan yang sedang berkembang di dalam penjara dengan penerapan unsur-unsur inovasi dalam rekaan selain mengekalkan ciri-ciri warisannya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Jabbar, Habibah bibah148@salam.uitm.edu.my Bujang, Rahmah rahmah@um.edu.my Hamidon, Nor Azlin norazlin@um.edu.my Ab Aziz, Arba’iyah arbaiyah@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 648-660 |
Keywords: | Tenun Pahang Diraja, Inovasi, Eksperimen, Banduan |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35780 |