Elemen matematik dalam seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan / Marina Mohamed...[et al.]

Mohamed, Marina and Ramli, Nazirah and Dzulkifli, Nor Fadhilah (2015) Elemen matematik dalam seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan / Marina Mohamed...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Seni ukiran orang Melayu mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Seni ini kebanyakannya dapat dilihat pada senibina rumah Melayu tradisional. Motif dan corak ukiran dalam senibina rumah Melayu tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur alam dan kebudayaan. Kajian terdahulu mendapati hukum nisbah, kadaran, simetri dan geometrik diambil kira tanpa sedar dalam seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional. Elemen-elemen inilah yang memungkinkan terhasilnya nilai estetika sesuatu ukiran. Kertas kerja ini mengenalpasti kewujudan elemen matematik seperti nisbah keemasan,lingkaran keemasan serta bentuk-bentuk geometri dalam ukiran senibina rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan. Elemen matematik ini dikenalpasti berdasarkan pemerhatian dan analisa geometrik yang dilakukan pada ukiran yang terdapat di dalam rumah Melayu tersebut. Penemuan kajian ini mendapati ukiran di dalam rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan menggunapakai pelbagai bentuk geometri iaitu segiempat, bulatan,segitiga dan sebagainya. Selain itu bentuk geometri ini boleh ditentukan kesimetrian dan kewujudan nombor Fibonacci dalam seni ukirnya. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan pengetahuan berkaitan elemen matematik yang wujud dalam ukiran senibina rumah Melayu tradisional ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Marina
arine@pahang.uitm.edu.my
Ramli, Nazirah
nazirahr@pahang.uitm.edu.my
Dzulkifli, Nor Fadhilah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments
N Fine Arts > NA Architecture > Architecture in relation to special subjects
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 481-490
Keywords: Elemen matematik, seni ukiran kayu, rumah melayu tradisional
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35737
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35737.pdf] Text
35737.pdf

Download (765kB)

ID Number

35737

Indexing

Statistic

Statistic details