Abstract
Syed Syeikh Al-hadi bin Syed Ahmad Hasan Al-Hadi adalah seorang reformis dan wartawan ulung Melayu Islam dilahirkan pada 22 November 1867 di Hulu Melaka dan mamgkat pada 20 Febuari 1934. Ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang arab yang berasal dari Hadhramawt, Yaman. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Melaka, dan di sekolah pondok di Kuala Terengganu.Berhijrah mengikuti keluarganya dan melanjutkan pengajian di Pulau Penyengat, Riau dengan mendalami ilmu agama, sastera dan budaya dari bapa angkatnya, Raja Haji Ali Kelana. Beliau meniupkan semangat perubahan dan kebangkitan menentang penjajah melalui pemikiran dan penulisannya. Beliau menerbitkan majalah al-Imam (1906), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928) dan seterusnya mengusahakan percetakannya sendiri, Jelutong Press di Pulau Pinang. Antara karya-karya beliau ialah kitab al-Tarikh al-Islami (1922), Hikayat Faridah Hanum, (1925), Alam Perempuan (1930), Tafsir Juz Amma (1927), Tafsir al-Fatihah (1928) serta novel yang berlatar belakangkan kehidupan moden di Timur Tengah, seperti Hikayat Setia ‘Ashek kepada Ma‘shok-nya, siri cerita mata-mata gelap Rokambul (7 jilid) dan Anak dara Ghasan, jilid 1-2. (1959).
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Ahmad Al-hady, Syed Mohammed Al-hady syalhady506@kedah.uitm.edu.my Zakaria, Azfahanee azfa292@kedah.uitm.edu.my Al-hady, Syed Izzuddin UNSPECIFIED Al-hady, Syed Haniff UNSPECIFIED Al-hady, Sharifah Az Zahra UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | ICOMHAC |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 399-404 |
Keywords: | Syed Sheikh, pemikiran, penyelidikan, perjuangan |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35697 |