Seni sulaman tekat tradisional dalam tekstil Melayu / Saemah Yusof and Muliyadi Mahamood

Yusof, Saemah and Mahamood, Muliyadi (2015) Seni sulaman tekat tradisional dalam tekstil Melayu / Saemah Yusof and Muliyadi Mahamood. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Sulaman merupakan suatu hasil karya yang bertujuan untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi sesuatu jenis fabrik, pakaian, aksesori dan juga kraftangan. Seni tekat termasuk dalam jenis sulaman yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Ia juga disebut sebagai “Tuji Timbul” iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji. Asal-usul dan penggunaan seni tekat diandaikan bersamaan dengan kedatangan kaum “Baba-Nyonya” ke Melaka pada abad ke-15 berdasarkan benang asasnya iaitu benang emas. Ia merukan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud serta berkembang di istana. Seni tekat ini mula berkembang kepada masyarakat luar istana apabila ia mula dijadikan sebagai kraftangan sambilan oleh generasi muda pada masa itu. Gadis-gadis Melayu, terutamanya yang ingin mendirikan rumah tangga mula membuat tekatan itu sebagai alat kelengkapan perkahwinan. Contohnya sebagai hiasan pelamin, sarung bantal, alas katil, kipas, kasut dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam kalangan rakyat biasa masih terbatas kerana bahan-bahannya mahal dan memerlukan masa yang panjang untuk dibuat serta penjagaan rapi untuk menyimpannya. Motif, corak dan warna memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan tekat sama ada bagi tujuan bahan dekorasi mahupun sulaman pada pakaian. Susunan dan imbangan bentuk, corak dan warna membolehkan ia mencapai taraf yang lebih tinggi daripada hanya bertaraf berfungsi. Motif boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu dari alam semulajadi, simbol atau lambang, kosmologi dan alam benda. Setiap unsur motif memperlihatkan sejarah dan penceritaan perkembangannya. Walau bagaimanapun, motif yang biasa digunakan dalam sulaman tekat tradisional Melayu adalah berunsurkan alam semulajadi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusof, Saemah
saemah1711@yahoo.com
Mahamood, Muliyadi
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to special classes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 344-367
Keywords: sulam, tekat, benang emas, seni tradisional Melayu
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35694
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35694.pdf] Text
35694.pdf

Download (3MB)

ID Number

35694

Indexing

Statistic

Statistic details