Abstract
Kajian ini melibatkan penggunaan bahan terbuang iaitu perca kain dari pengusaha tekstil sebagai serat alternatif dalam menghasilkan tenunan kreatif. Kuala Terengganu menjadi lokasi kajian kerana memandangkan daerah ini merupakan ibu negeri serta dikenali di negeri Terengganu sebagai daerah yang mengeluarkan produk batik dan songket terbesar di Malaysia, selain dari industri jahitan yang kian berkembang menjadi pemangkin kepada kerancakan pertumbuhan industri tekstil yang sedia ada. Tiga kilang atau pengusahaan tekstil yang terpilih bagi memperolehi perca kain untuk kajian ini adalah pengusaha dari kilang batik, pengusaha songket serta pengusaha jahitan pakaian. Perca kain yang diperolehi akan di fokuskan kepada tiga proses utama iaitu proses pengasingan fabrik, proses tenunan serta proses kemasan akhir. Proses pertama iaitu proses pengasingan melibatkan kaedah pengasingan dari segi warna fabrik, serta pengasingan dari segi material, selain itu setiap helaian perca direkodkan dari segi ukuran dan berat, bertujuaan memudahkan proses menenun. Proses kedua iaitu proses menenun digunakan dalam kajian ini, antara kaedah tenunan yang digunakan adalah tenunan menggunakan akik, tenunan tanpa akik, macramé serta teknik anyaman. Hasil tenunan perca kain ini pula akan melalui proses terakhir iaitu proses kemasan akhir, antara proses-proses yang terlibat adalah proses membatik, proses mewarna serta embroideri, bertujuan untuk memberi kelainan serta menguji kefleksibelan hasil tenunan yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji mengunapakai teori pembangunan mampan (sustainable development) yang mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Keputusan kajian terhadap percs kain ini menunjukan bahawa kaedah yang digunakan memberi keputusan yang positif dalam menyelesaikan masalah pembaziran, pencemaran serta dalam masa yang sama jika ia diaplikasikan sedikit sebanyak dapat memberi faedah dalam mempertingkatkan pendapatan sampingan. Hasil tenunan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan terhadap perca kain ini dapat mempelbagaikan lagi hasil produk tekstil sedia ada untuk di pasarkan ke pasaran komersial, dan dengan ini, sudah tentulah ianya dapat memberikan manfaat kepada industri tenunan desa (cottage weaving industry) di negeri Terengganu serta di negara kita amnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Daud@Ismail, Yusof yusofdaudismail@yahoo.com Mohd Adnan, Aneeza Aneez843@kelantan.uitm.edu.my Ab.Rahman, Mohd Bakeri bakrahman@yahoo.com Ahmad, Nani Hartina nanihartina@kelantan.uitm.edu.my Noorizan, Mohd Faizul zackrydaniel@rocketmail.com Mohd Nasir, Rohaizan rohaizan@kelantan.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 329-336 |
Keywords: | Kain perca, tenunan, kreatif |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35691 |