Abstract
Kerajaan memainkan peranan penting dalam gerak kerja dakwah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan penganutnya yang terdiri dari pelbagai etnik. Di mana pelaksanaan dakwah Islamiah oleh kerajaan Islam amat luas merangkumi penubuhan institusi seperti institusi pendidikan, sistem perundangan, sistem kehakiman Islam dan sistem ekonomi yang tidak hanya memberi kesan kepada orang Islam tetapi juga Orang bukan Islam. Walau bagaimanapun sejauh manakah pelaksanaan usaha dakwah tersebut dalam institusi-institusi berkaitan bergantung pada dasar dan polisi sesebuah kerajaan tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan pelaksanaan dakwah oleh kerajaan pada zaman kesultanan Melayu dan pada zaman penjajahan British dalam memupuk perpaduan Etnik Melayu. Kaedah analisis teks digunakan untuk menganalisi ssecara kritikal peranan kerajaand alam memupuk perpaduanetnik. Hasil analisis mendapati pendekatan dakwah kerajaan menekankan kepada perpaduan orang Melayu melalui dasar dan sistem pentadbiran. Usaha dakwah dapat berkembang kerana Kerajaan Melayu telah menggunakan pelbagai pendekatan bersesuaian dengan kuasa politiknya. Keadaan berbeza, selepas penjajahan British, kuasa politik Negeri-negeri Melayu menjadi terbatas hingga mempengaruhi peranannya dalam memupuk perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Syahrul Faizaz faizaz@uum.edu.my Salim, Ssuna ss.bee@uum.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 240-247 |
Keywords: | Dakwah, institusi kerajaan, etnik, Kesultanan Melayu, British |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35673 |