Abstract
Islam merupakan agama syumul yang turut memberi perhatian terhadap permasalahan ekonomi ummah khususnya berkaitan kemiskinan dan kekurangan sumber pendapatan. Permasalahan ini dilihat boleh diatasi dengan pelbagai mekanisme seperti zakat, sedekah wakaf dan kaedah bantuan pinjaman (Qard al-Hasan). Qard al-Hasan merupakan mekanisme penting dalam membantu membangunkan masyarakat Islam yang kurang berkemampuan. Dalam konteks Malaysia kaedah Qard al- Hasan turut diperkenalkan dalam sistem kewangan Islam melalui beberapa produk dan skim seperti pajak gadai dan sukuk. Manakala tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula berkaitan dengan amalan pengurusan organisasi yang baik (good governance) yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. CSR boleh diklasifikasikan sebagai salah satu instrumen dalam filantropi Islam. Konsep CSR menekankan prinsip “doing well by doing good” dalam pelaksanaannya. Dalam ekonomi Islam, Qard al-Hasan merupakan salah satu mekanisme penting dalam memelihara keadilan sosial dan kesejahteraan ekonomi. Sekiranya institusi perbankan Islam menyediakan produk-produk CSR berasaskan Qard al-hasan ini, putaran ganas kemiskinan dapat dihapuskan sekaligus menggalakkan keadilan sosial dalam masyarakat. Bagi memenuhi matlamat ini, pelaksanaan Qard al-hasan sebagai produk CSR perlu diperkemas dan dinilai semula supaya para stakeholders bagi institusi perbankan Islam akan mendapat manfaatnya secara menyeluruh khususnya masyarakat Islam di Alam Melayu ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Qard al-hasan serta mengetengahkan konsep ini dalam pelaksanaan CSR oleh institusi perbankan Islam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Man, Norajila norajila@melaka.uitm.edu.my Abd Wahab, Nor Azlina azlina406@melaka.uitm.edu.my Ab Hamid, Norafifah norafifah@melaka.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | ICOMHAC |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 227-239 |
Keywords: | Qard al-Hasan, CSR, perbankan Islam, masyarakat Melayu |
Date: | October 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35672 |