Abstract
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan memberangsangkan memerlukan penggunaan serta interpretasi ruang secara menyeluruh sejajar dengan misi dan objektif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kondusif bukan dari aspek fizikal sahaja, malah ia perlu dikaitkan dengan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dengan membenarkan pertembungan antara dua atau lebih bidang berbeza. Ia memberi nilai tambah dalam penyampaian ilmu serta merujuk kepada amalan terbaik dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berinovasi. Jika perkara ini bertunjang kepada roh kesungguhan Melayu sudah tentu ia memberi inspirasi, interpretasi dan pengajaran yang meluas. Dua cabang bidang seni iaitu senibina landskap dan seni persembahan teater merupakan dua disiplin kreatif yang masing-masing mempunyai proses interpretasi serta penguasaan terhadap penggunaan ruang sebagai elemen yang signifikan untuk mencorak serta menzahirkan pelbagai interpretasi bagi memenuhi keperluan yang dituntut melalui penterjemahan artistik. Senibina landskap menghayati ruang sebagai satu pengalaman yang terbina daripada kombinasi pembangunan fizikal dan bukan fizikal manakala seni persembahan teater menuntut penggunaan ruang yang maksima bagi menjayakan penyampaian cerita dan penghayatan watak. Oleh yang demikian, keupayaan penggunaan serta kebolehan menginterpretasi ruang bagi kedua-dua bidang ini mewujudkan gabungan potensi yang wajar digunapakai dalam proses pembangunan pengajaran dan pembelajaran asas bidang senibina landskap secara artistik. Sebagai langkah pengenalan, kajian perbandingan dibuat untuk mendedahkan kesetaraan di antara interpretasi ruang landskap tradisi Melayu yang terkandung dalam manuskrip tradisional Melayu dengan simulasi ruang di dalam seni persembahan teater di dalam skrip teater realism berbahasa Melayu. Ini adalah satu inisiatif kreatif interdisplin, di mana terasnya menjurus kepada perkaitan umum dan spesifik dalam melestari serta menjana warisan tamadun Melayu sebagai paksi budaya pengajaran dan pembelajaran asas ruang dalam bidang senibina landskap.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bahaluddin, Azrul azrul009@perak.uitm.edu.my Anual, Norazlan azlananual@kelantan.uitm.edu.my Hafiz Salleh, Ismail ismailhafiz86@yahoo.com |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture H Social Sciences > HM Sociology > Culture > Sociology of knowledge |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Dis 2015 |
Page Range: | pp. 157-170 |
Keywords: | Senibina landskap, teater realism, ruang, pengajaran dan pembelajaran |
Date: | December 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35659 |