Abstract
Di era globalisasi kini pemikiran Barat dilihat amat berpengaruh dalam aspek gaya hidup dan gaya berfikir masyarakat Melayu-Islam khususnya terhadap generasi muda. Pada hakikatnya ajaran Islam telah pun menggariskan panduan berfikir kepada umatnya dengan pelbagai gaya berfikir dalam al-Quran termasuklah gaya berfikir kritis. Pemikiran kritis bukanlah suatu bentuk pemikiran baru malahan telah pun ditekankan dalam ajaran Islam melalui al-Quran dan al-Sunnah. Elemen-elemen pemikiran kritis yang menekankan aspek penilaian analitikal dan objektiviti jelas dibincangkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan dan menganalisis beberapa elemen utama pemikiran kritis yang terkandung dalam al-Quran sebagai asas kepada pembinaan budaya berfikir masyarakat Melayu kini. Kertas kerja ini dilihat penting untuk mengangkat konsep pemikiran kritis Islam dalam usaha mentransformasi pemikiran masyarakat Melayu kini sekaligus mengukuhkan gaya berfikir masyarakat Melayu dengan kembali menyedari hakikat pentingnya pemikiran kritis Islam dan ianya perlu diaplikasi bagi melahirkan generasi Melayu minda kelas pertama.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Hamid, Norafifah norafifah318@gmail.com Abd Wahab, Nor Azlina azlina655@gmail.com Che Man, Norajila nor85ila@gmail.com |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Kota Bharu Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 96-109 |
Keywords: | Berfikir Kritis, Al-Quran dan Melayu |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35653 |