Adaptasi pelajar pribumi: kajian kes di Sungai Siput, Perak / Suhaila Kamal ... [et al.]

Kamal, Suhaila and Khairul Anuar, Nurliyana Kamilah and Sah Allam, Siti Nurshahida and Ismail, Siti Nasarah and Abdul Latif, Dzaa Imma (2015) Adaptasi pelajar pribumi: kajian kes di Sungai Siput, Perak / Suhaila Kamal ... [et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.
Abstract

Motivasi memainkan peranan penting dalam adapatasi antara budaya. Kesedian untuk mempelajari budaya baharu memerlukan motivasi yang akan mendorong pemahaman dan adapatasi antara budaya. Individu yang bermotivasi akan beradaptasi dengan budaya baharu dan mengubah tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang memotivasi dan menghalang adaptasi pelajar Pribumi di Sungai Siput dengan budaya sekolah. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada Teori Adaptasi Antara budaya (Elingsworth 1988). Data diperoleh menerusi kaedah temu bual kumpulan fokus terhadap pelajar Pribumi. Hasil kajian mendapati ilmu terutamanya dari segi mempelajari kaedah berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu, Agama Islam, makanan dan tandas adalah faktor yang memotivasikan mereka. Manakala komunikasi, rakan sebaya, kewangan dan pengangkutan menjadi penghalang kepada mereka untuk beradaptasi. Kajian ini juga mendapati bahawa komunikasi antara budaya dengan individu dari budaya tuan rumah (Pelajar Melayu) adalah faktor penting dalam proses adaptasi antara budaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 35643.pdf]
Text
35643.pdf
Download (332kB)
Indexing & Metrics