Abstract
Motivasi memainkan peranan penting dalam adapatasi antara budaya. Kesedian untuk mempelajari budaya baharu memerlukan motivasi yang akan mendorong pemahaman dan adapatasi antara budaya. Individu yang bermotivasi akan beradaptasi dengan budaya baharu dan mengubah tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang memotivasi dan menghalang adaptasi pelajar Pribumi di Sungai Siput dengan budaya sekolah. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada Teori Adaptasi Antara budaya (Elingsworth 1988). Data diperoleh menerusi kaedah temu bual kumpulan fokus terhadap pelajar Pribumi. Hasil kajian mendapati ilmu terutamanya dari segi mempelajari kaedah berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu, Agama Islam, makanan dan tandas adalah faktor yang memotivasikan mereka. Manakala komunikasi, rakan sebaya, kewangan dan pengangkutan menjadi penghalang kepada mereka untuk beradaptasi. Kajian ini juga mendapati bahawa komunikasi antara budaya dengan individu dari budaya tuan rumah (Pelajar Melayu) adalah faktor penting dalam proses adaptasi antara budaya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamal, Suhaila suhailabintikamal@gmail.com Khairul Anuar, Nurliyana Kamilah nurliyana.kamilah@gmail.com Sah Allam, Siti Nurshahida shahidah321@melaka.uitm.edu.my Ismail, Siti Nasarah ct_nasarah@yahoo.com Abdul Latif, Dzaa Imma dzaa71@yahoo.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOMHAC2015 eproceedings |
Event Dates: | 16-17 Disember 2015 |
Page Range: | pp. 8-21 |
Keywords: | Motivasi, Adaptasi Antara Budaya, Komunikasi Antara budaya dan Masyarakat Pribumi |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35643 |