Abstract
Akta Persaingan 2010 telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 bagi tujuan menggalakkan pembangunan ekonomi melalui proses persaingan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Suruhanjaya Persaingan telah ditubuhkan bagi memastikan Undang-Undang Persaingan dapat dilaksanakan dengan sempurna di Malaysia. Seksyen 3 Akta Persaingan 2010 memperuntukkan bahawa Akta Persaingan 2010 terpakai terhadap aktiviti komersil di dalam Malaysia dan di luar Malaysia sekiranya aktiviti komersil di luar Malaysia memberi kesan terhadap persaingan dalam pasaran di Malaysia. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peruntukan dalam Akta Persaingan 2010 yang terpakai untuk sektor perniagaan di Malaysia. Hasil kajian menunjukkkan bahawa peruntukan di dalam Akta Persaingan 2010 adalah bersifat umum, namun terpakai untuk pelbagai jenis sektor perniagaan yang menjalankan aktiviti komersil
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Manap, Nazura nazura@ukm.edu.my A.Shukor, Haliza hliza@usim.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business societies H Social Sciences > HF Commerce > Business |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | Technology, Science Social Sciences, Humanities (TeSSHI) |
Event Title: | TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities |
Event Dates: | 5-6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 1045-1056 |
Keywords: | Undang-Undang Persaingan, Akta Persaingan 2010, perniagaan, komersil |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35641 |