Abstract
Seni cetak adalah salah satu daripada disiplin seni halus selain lukisan,catan dan arca. Seni halus yang juga disebut seni rupa moden di Malaysia berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi yang berkaitan dengan latarbelakang sejarah tanahair. Walaupun sejarah seni rupa moden di Malaysia dikatakan bermula dalam dekad 1930an, seni cetak di Malaysia telah dihasilkan lebih awal sekitar 1540an pada zaman penjajahan Portugis dalam bentuk ilustrasi kesan daripada teknologi media komunikasi dan penerbitan. Teknologi seni cetak dahulu lebih bersifat konvensional kerana terikat dengan kaedah tradisi yang telah ditetapkan. Jauh berbeza dengan seni cetak masa kini yang semakin bebas pengolahan bentuk dan gaya hasil pengaruh daripada teknologi dunia tanpa sempadan. Perbandingan ini memberi input terhadap perkembangan seni cetak yang kurang disentuh dalam pensejarahan seni rupa tanahair. Selain itu, usaha menjustifikasikan disiplin seni cetak di Malaysia adalah antara tujuan kajian ini dijalankan. Kertas kerja ini menjurus kepada kaedah kajian terhadap sejarah seni rupa Malaysia bagi meninjau seni cetak ‘dahulu’ manakala seni cetak ‘kini’ adalah melalui tinjauan terhadap pameran-pameran seni rupa semasa oleh galeri-galeri seni terkenal di Malaysia. Hasil tinjauan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan bermakna terhadap bidang seni cetak yang semakin terpinggir dalam arus teknologi seni rupa kontemporari Malaysia.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Noor, Rosiah rosiah65@yahoo.com Khairani, Mohd Zahuri zahuri@fskik.upsi.edu.my Abd Manan, Mohd Azhar azharmanan@yahoo.com |
Subjects: | N Fine Arts > NE Print media N Fine Arts > NE Print media > Printmaking and engraving |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014 |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 858-871 |
Keywords: | Seni Rupa, Seni Cetak, Konvensional, Kontemporari |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35571 |