Abstract
Penyelidikan Genom Manusia telah menghasilkan maklumat penting tentang pemetaan dan jujukan keseluruhan gen manusia. Para saintis mampu memahami, mengenalpasti dan mengasingkan gen-gen yang bertanggungjawab menyebabkan lebih 4,000 penyakit genetik. Di Malaysia, kajian genom bangsa Melayu telah dilaksanakan oleh Pusat Farmakogenomik (iPROMISE), Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor. Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang konsep dan pencapaian para penyelidik kajian genom Melayu tersebut seterusnya mencadangkan kajian lanjutan dari perspektif Islam khususnya impak terhadap akidah bangsa Melayu itu sendiri.Secara umumnya, kajian genom Melayu telah berjaya menghasilkan pengkalan data berkaitan struktur genetik bangsa Melayu dan membantu dalam penghasilan ubat-ubatan baharu, mendiagnosis penyakit seterusnya meramal kerintangan penyakit-penyakit tersebut terhadap ubat-ubat tertentu.Selain itu, beberapa usaha telah dibuat untuk mengenal pasti variasi genetik dan corak ketakseimbangan dengan penyakit.Skop kajian baharu dari perspektif Islam dilihat perlu diterokai untuk meningkatkan tahap keimanan seterusnya memanipulasi pendekatan saintifik untuk kemaslahatan umat Islam sejagat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anas, Norazmi norazmianas@perak.uitm.edu.my Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki drkuzaki@unisza.edu.my Wan Taib, Wan Rohani wanrohani@unisza.edu.my Razali, Mohd. Hudzari mohdhudzari@unisza.edu.my Mohd Noor, Mohd Syukri syukri484@perak.uitm.edu.my Zulkipli, Shahril Nizam shah4107@perak.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science Q Science > QH Natural history - Biology > Genetics > Human genetics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014 |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 669-682 |
Keywords: | Melayu, Genom Manusia, Malaysia, Islam |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35550 |