Abstract
Kertas kerja ini membincangkan perkembangan pembangunan Pekan Karai semasa era penjajahan British. Hasil perlombongan arang batu menjadi sumber kekayaan utama yang menyumbang kepada pembukaan dan perkembangan pekan tersebut. Hasil arang batu menjadi sumber utama ekonomi kolonial semasa era penjajahan. Berdasarkan kepada kajian ke atas data-data utama dan sekunder yang diperoleh melalui tinjauan lapangan dan penyelidikan literatur ke atas sumber-sumber yang disimpan dalam pelbagai sumber arkib. Dalam menganalisa data-data tersebut, penyelidik menggunakan teknik naratif bagi menilai kepentingan hasil perlombongan arang batu yang menyumbang kepada pembangunan Pekan Karai. Hasil perlombongan arang batu turut memberi rahmat pembangunan Pekan Karai di mana pelbagai kemudahan dan fasiliti perbandaran moden bagi memudahkan hasil-hasil lombong arang batu diangkut dan dihantar ke pelabuhan. Namun begitu, kegemilangan perlombongan arang batu Enggor telah pun berakhir setelah aktiviti perlombongan komoditi dihentikan pada tahun 1928 dan pertanian getah telah mengambil alih asas ekonomi di Pekan Karai. Dan kini, persekitaran Pekan Karai agak suram disebabkan oleh kedudukannya yang agak jauh dari Jalan Persekutuan Utara-Selatan. Walaupun pekan tersebut mempunyai jaringan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tetapi tidak terdapat stesen/hentian keretapi meskipun suatu masa dahulu terdapat sebuah stesen keretapi yang digunakan sebagai medium perhubungan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haffiz Aliasak, Mohd Hasrol haffiz677@perak.uitm.edu.my Sa’ad, Mohd Farid UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Urbanization. City and country |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014 |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 514-523 |
Keywords: | Pembangunan, Sosioekonomi dan pembandaran |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35513 |