Cabaran dan keyakinan pelajar Melayu terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah / Mohammad Najib Jaffar and Bhasah Abu Bakar

Najib Jaffar, Mohammad and Abu Bakar, Bhasah (2014) Cabaran dan keyakinan pelajar Melayu terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah / Mohammad Najib Jaffar and Bhasah Abu Bakar. In: TeSSHI 2014, 5 & 6 Nov 2014, One Hotel Helang, Langkawi Kedah Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap cabaran dan keyakinan pelajar-pelajar Melayu di sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini juga melihat faktor-faktor yang membentuk cabaran dan mempengaruhi keyakinan para pelajar sekolah menengah dalam mempelajari bahasa Arab. Seterusnya, kajian turut meneliti hubungan antara keyakinan pelajar-pelajar bertutur dalam bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur. Sampel kajian terdiri daripada 1400 orang pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 dari sekolah menengah agama di semenanjung Malaysia yang menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi. Data kajian dipersembahkan secara diskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati tahap cabaran pelajar dalam mempelajari bahasa Arab boleh dianggap sebagai mencabar pada kedudukan min sebanyak 3.1340 dengan nilai sisihan piawainya adalah pada 0.6470. Manakala tahap keyakinan pelajar terhadap bahasa Arab boleh dianggap sederhana dengan skor min mereka adalah pada 2.768 dan sisihan piawainya pula adalah pada 0.313. Kajian ini mendapati 9 faktor boleh dikaitkan dengan cabaran pelajar mempelajari bahasa Arab dan 8 faktor yang mempengaruhi keyakinan mereka. Ujian Khi Kuasa Dua telah digunakan bagi menentukan kebergantungan keyakinan pelajar bertutur dalam bahasa Arab dengan kekerapan mereka bertutur dalam bahasa Arab. Test of Independent telah dilakukan dan mendapati ianya signifikan pada aras 0.05, dengan nilai χ2 = 107.588, df = 9, p = 0.000.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Najib Jaffar, Mohammad
najib@usim.edu.my
Abu Bakar, Bhasah
bhasah@usim.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: TeSSHI 2014
Event Dates: 5 & 6 Nov 2014
Page Range: pp. 494-513
Keywords: Bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran, diskriptif
Date: November 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35511
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35511.pdf] Text
35511.pdf

Download (299kB)

ID Number

35511

Indexing

Statistic

Statistic details