Abstract
Reka corak dan ragam hias serta motif yang halus menghiasi kain Tenun Pahang Diraja ini mengandungi makna dan falsafah yang tertentu. Simbol-simbol pada reka corak kain atau tekstil ini menjadi lambang kepada darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual keagamaan dan sebagainya. Masyarakat Melayu dahulu kala begitu arif akan pemilihan dalam penciptaan sesuatu motif yang menghampiri serta amat dekat dengan budaya kehidupan mereka. Ianya diadun bersesuaian dengan adat resam mereka seterusnya menjadikan ia suatu reka corak yang begitu tinggi nilai estetikanya. Ketekunan dalam penghasilan motif dan reka corak ini jelas dapat dilihat melalui penghasilannya yang begitu kaya dengan nilai dan falsafah yang menjadi pegangan nenek moyang sehingga ianya diwarisi dari turun temurun. Makna dan falsafah ini turut menggambarkan keprihatinan dan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri yang begitu dekat dengan pencipta-Nya (Allah s.w.t) seterusnya menjadikan ia salah satu seni tradisi Melayu yang amat unik. Penulisan ini penting di dalam memahami secara keseluruhan serta penterjemahan dengan lebih jelas memandangkan kini kurangnya pendedahan mengenai makna dan nilai-nilai falsafah dalam motif tradisional dan kontemporari seni tenunan ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal @ Ismail, Mas Ayu ayuzainal_ad@yahoo.com Abdullah, Nur Hasliza xxhaslizaxx@yahoo.com |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to special classes |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014 |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 468-480 |
Keywords: | Tenun Pahang Diraja, Tekstil, Reka Corak, Motif, Falsafah |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35504 |