Abstract
Jubin merupakan salah satu hasil daripada seni seramik. Rekaan jubin pada masa kini terdiri daripada rekaan jubin yang bercorak yang dihasilkan dalam pelbagai warna, rupa dan bentuk. Jubin juga berfungsi sebagai penghias dinding dan lantai di ruang hiasan dalaman rumah dan bangunan. Kebanyakan rekacorak jubin terkini adalah bermotifkan flora, geometrik, abstrak dan bertekstura dengan pelbagai rupa. Satu revolusi baru diperlukan untuk melihat jubin dalam perspektif yang lain dimana penggunaan motif batik sarung telah diaplikasikan dalam rekaan jubin bagi memberi nafas baru dalam penghasilan jubin untuk hiasan dinding rumah mahupun bangunan. Penggunaan jubin boleh dipelbagaikan pada hiasan dinding dengan olahan dari segi reka corak dan fungsinya. Dalam hal ini, keunikan motif batik sarung dilihat berpotensi untuk diaplikasikan dalam penghasilan rekacorak jubin untuk masa kini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Junaidi junaidi042@kelantan.uitm.edu.my Omar, Mazni mazni867@kelantan.uitm.edu.my Ahmad, Nani Hartina nanihartina@kelantan.uitm.edu.my Mohd Nasir, Rohaizan rohaizan@kelantan.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014 |
Event Dates: | 26 to 27 May 2010 |
Page Range: | pp. 397-405 |
Keywords: | Motif, batik sarung, rekacorak, jubin |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35479 |