Abstract
Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang disediakan oleh pihak LZS dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin tersebut. Namun apakah pendekatan pembangunan spiritual yang digunakan oleh LZS dalam program pembangunan insan bagi membangunkan spiritual asnaf? Justeru itu, satu kajian dilakukan dengan menganalisis pendekatan pembangunan spiritual yang telah diterapkan dalam agihan dana zakat asnaf fakir dan miskin di LZS. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan melakukan temubual berstruktur. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa LZS amat menekankan soal ketakwaan kepada Allah S.W.T dan tazkiyah al-nafs melalui aktiviti Tahsinul Ibadah, Tahsinul Quran dan Program Syukur Asnaf dalam modul J.I.W.A dan modul Hijrah dibawah program pembangunan insan
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zahid, Emie Sylviana emies692@johor.uitm.edu.my Bahrom, Hasan drhasan@melaka.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | TeSSHI 2014- Technology, Science Social Sciences, Humanities |
Event Dates: | 5 & 6 Nov 2014 |
Page Range: | pp. 182-201 |
Keywords: | Pembangunan Spiritual, Program Pembangunan Insan, Asnaf Fakir dan Miskin, Lembaga Zakat Selangor |
Date: | November 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35450 |