Abstract
Model regresi logistik ialah satu model regresi yang mempunyai bentuk pembolehubah respon binari atau dikotomi. Model ini digunakan bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah respon dan pembolehubah peramal. Suatu model regresi logistik diaplikasikan ke atas data responden daripada Majlis Agama Islam Kedah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
keputusan sebuah perkahwinan. Pembinaan model regresi
logistik dimulakan dengan pemilihan pembolehubah tak bersandar yang penting menggunakan tujuh kaedah pemilihan. Diagnostik dijalankan untuk menguji kesesuaian dan keberkesanan model yang dibentuk dengan melakukan ujian penyuaian kebagusan model, menguji kewujudan multikekolinearan antara pembolehubah tak
bersandar serta mengesan pengaruh titik-titik terpencil di dalam model regresi logistik. Model terbaik yang terbina digunakan untuk membuat tafsiran nisbah ods dan menentukan kebarangkalian responden untuk tak berdamai atau berdamai. Kajian telah mengenalpasti antara faktor yang mempengaruhi responden tak berdamai ialah pendapatan, tidak bekerja, bekerja sendiri, tempoh perkahwinan, masalah kasih sayang, halau, berkahwin tanpa restu dan bilangan kaunseling yang diterima
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainon, Siti Nor Ain UNSPECIFIED Ali, Zalila UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Matrimonial bureaus. Marriage brokerage H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 16 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 66-89 |
Keywords: | Multikekolinearan; Nisbah ods; Regresi logistik; Ujian Penyuaian |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35355 |