Tokoh pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; panglima pembawa Silat Cekak dalam persejarahan Negeri Kedah sepanjang 1800 – 1925 / Shukri Janudin and Zaimilah Yusoff

Janudin, Shukri and Yusoff, Zaimilah (2019) Tokoh pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; panglima pembawa Silat Cekak dalam persejarahan Negeri Kedah sepanjang 1800 – 1925 / Shukri Janudin and Zaimilah Yusoff. Voice of Academia (VOA), 15 (3). pp. 72-95. ISSN 2682-7840

Official URL: https://voa.uitm.edu.my/

Abstract

Sejarah silam negeri Kedah hakikatnya telah melahirkan
ramai tokoh pahlawan Melayu yang berperanan
mempertahankan kedaulatan negeri dari pencerobohan
musuh-musuh, yang mana ilmu persilatan digunakan
sebagai sebahagian dari alat peperangan. Kertas kerja ini akan
membincangkan peranan Dato’ Seri Paduka Raja
Laksamana Wan Ismail yang dikaitkan dengan Panglima
Ismail serta Panglima Tok Rashid yang terkenal mengamalkan
Silat Cekak dan digunakan bagi mempertahankan kedaulatan
negeri Kedah seawal abad ke 19. Namun kekurangan kajian
komprehensif mengenainya menyebabkan peranan mereka
jarang diketahui. Justeru kajian ini berusaha menjelaskan
perkaitan peristiwa-peristiwa sejarah yang melatari negeri
Kedah antara tahun 1800 hingga ke tahun 1925 bagi
membuktikan peranan mereka sebagai panglima kanan dan
pembawa ilmu persilatan Silat Cekak. Sepanjang tempoh
tersebut pentadbiran tradisional negeri Kedah telah
mengalami banyak perubahan terkesan dari campurtangan
para penjajah. Kajian kualitatif bertemakan sejarah ini
menggunakan kaedah trigulasi yang menggabungkan
kaedah pemerhatian dan temuramah di lapangan sebagai
sumber primer serta analisa dokumen sebagai sumber
sekuder. Segala maklumat diperolehi telah dianalisa melalui
perbandingan periksa balas dan periksa silang dengan
maklumat-maklumat sekunder seperti dokumen, artikel, tesis,
jurnal dan laman-laman sosial. Hasil analisa merumuskan
terdapatnya perkaitan Laksamana Wan Ismail dalam sejarah
negeri Kedah dengan keberadaan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid yang mengamalkan ilmu Silat Cekak di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Janudin, Shukri
UNSPECIFIED
Yusoff, Zaimilah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: Voice of Academia (VOA)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Voice of Academia (VOA)
ISSN: 2682-7840
Volume: 15
Number: 3
Page Range: pp. 72-95
Keywords: sejarah; panglima; Kedah; kedaulatan; Silat Cekak
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35347
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35347.pdf] Text
35347.pdf

Download (4MB)

ID Number

35347

Indexing

Statistic

Statistic details