Abstract
Maklumat mengenai latar belakang, gaya hidup, dan tahap
kesihatan masyarakat dalam sesebuah komuniti adalah penting dalam merasionalisasi sebarang program khidmat sosial dan kemasyarakatan. Ini termasuklah mengetahui latarbelakang penduduk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam merangka pembangunan golongan berpendapatan rendah (B40). PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula penduduk setinggan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman golongan berpendapatan rendah. Objektif kajian tinjauan ini adalah penghasilan data analisa profail demografi dan sosio-ekonomi komuniti PPR Paya Nahu, di mana hasil dapatan kajian ini telah membantu pihak Malaysian Relief Agency (MRA) khususnya MRA Negeri Kedah dalam perancangan melibatkan komuniti PPR dan komuniti
setempat. Jumlah keseluruhan responden yang menyertai kajian ini ialah seramai 300 orang. Kajian telah dilakukan
secara kaedah tinjauan (survey). Terdapat dua bahagian
utama di dalam alat kajian yang digunakan iaitu; bahagian a)
maklumat demografik penduduk, dan b) bahagian
kesihatan dan gaya hidup. Pengumpulan data kajian ini telah
dijalankan pada bulan September 2018, dan proses penulisan
dan analisis data telah dilengkapkan pada bulan Januari 2019.
Kajian ini telah membantu pihak MRA Negeri Kedah di dalam
inisiatif pembangunan masyarakat setempat amnya dan komuniti PPR Paya Nahu khususnya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zawawi, Zawawi UNSPECIFIED Azizan, Intan Syahriza UNSPECIFIED Muhamad Hakimi, Irwana Nooridayu UNSPECIFIED Rusli, Noorayuni UNSPECIFIED Mohd Yusof, Noorlailahusna UNSPECIFIED Zamhury, Nurulaini UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demographic surveys H Social Sciences > HM Sociology > Social structure |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 15 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 50-58 |
Keywords: | program perumahan rakyat; golongan berpendapatan rendah; Malaysian; Relief Agency (MRA) |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35265 |