Abstract
Kajian inokulasi kulat MVA terhadap tumbesaran pokok nangka
madu (Artocarpus heterophyllus) var. MASTURA telah dijalankan
di ladang. Empat rawatan beberapa peringkat inokulasi kulat MVA
diberikan ke atas pokok nangka iaitu (a) inokulasi yang berterusan
dari semaian hingga ke ladang, (b) inokulasi sekafi semasa semaian,
(c) inokulasi sekali semasa di ladang dan (d) tanpa inokulasi kulat
MVA yang bertindak sebagai kawalan. Keputusan mendapati
inokulasi kulat MVA adalah signifikan pada p < 0.05 terhadap
tinggi pokok, bilangan cabang, ukur lilit pangkal batang dan
bilangan daun baru. Inokulasi yang berterusan dari semaian hingga
ke ladang mencatatkan purata tinggi pokok, bilangan cabang, ukur
lilit pangkal batang dan bilangan daun baru yang tertinggi
berbanding rawatan yang lain.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haji Kasiran, Norman norman@pahang.uitm.edu. Abd. Aziz, Zainal Abidin UNSPECIFIED |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > Fertilizers and improvement of the soil S Agriculture > S Agriculture (General) > Fertilizers and improvement of the soil > Organic fertilizers and manures S Agriculture > SB Plant culture > Fruit trees |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Gading |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
ISSN: | 0128-5599 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 77-90 |
Keywords: | Kulat MVA, Tumbesaran |
Date: | October 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35234 |