Abstract
Institusi Masjid merupakan tapak asas di dalam pembangunan ummah. Kepentingannya
menjadi tuntutan yang diperjelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis. Begitu juga kupasan -kupasan
yang diketengahkan oleh para sahabat Rasulullah dan para tabien.
Sewajarlah kecenderungan untuk mengimarahkan serta membangunkan masjid ke tahap
zaman kegemilangannya merupakan satu agenda besar bagi masyarakat Islam hari ini.
Sehingga kini sudah banyak perbincangan, bengkel, seminar dan muzakarah diadakan di
peringkat negeri, negara serta peringkat rantau kepulauan Melayu Asia Tenggara. Beberapa
pendekatan dan kaedah pengurusan dapat dikongsi bersama.
Atas kesedaran inilah maka kajiselidik awal masjid di peringkat Negeri Perfis dijalankan.
Pada asasnya penyeiidikan cuba mendapatkan seberapa banyak fakta dan data asas bagi
mengupaskan dan mengukuhkan pandangan umum tentang permasalahan dalam pengurusan
dan pengimarahan masjid. Percubaan awal akan tertumpu kepada isu asas seperti aspek sikap
ahli kariah, jentera pengurusan masjid dan pandangan umum berkaitan dasar dan polisi
pentadbiran masjid-masjid di negeri Perlis.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Idris UNSPECIFIED Md. Saman, Ismail UNSPECIFIED Said Asghar, Abdul Rashid UNSPECIFIED Ismail, Yahya UNSPECIFIED Said, Abdul Rahman UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Masjid, Perlis, Islam |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3513 |
Download
LP_IDRIS AHMAD 98_5 1.pdf
Download (61kB)