Masalah sosial wanita terlibat aktiviti tidak bermoral: punca masalah sosial dan kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera / Abdul Munir Ismail

Ismail, Abdul Munir (2018) Masalah sosial wanita terlibat aktiviti tidak bermoral: punca masalah sosial dan kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera / Abdul Munir Ismail. In: International Conference on Heritage and Civilisation (ICHAC) 2018, 2-3 May 2018, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Abstract

Kajian ini membincangkan penglibatan segelintir wanita dalam aktiviti tidak bermoral seperti
pengemis, gelandangan, penagih dadah, pekerja seks, wanita hamil luar nikah di
Bandaraya Kuala Lumpur. Situasi ini menjejaskan imej ibukota di mata pelancong,
mencorotkan isu-isu kebersihan bandar dan masyarakat awam terdedah kepada penyakit
berjangkit. Peningkatan jenayah, isu keamanan, kebersihan bandar dan kesihatan sosial
semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor. Objektif kajian ialah mengenalpasti
punca wanita kini terlibat aktiviti tidak bermoral yang menyalahi undang-undang dan kaedah
membina panduan hidup wanita sejahtera. Metode kajian ini menggunakan kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan mencakupi temubual dan pemerhatian
berkala. Lokasi kajian tertumpu di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang
dikenalpasti sebagai “hotspot” seperti Mydin Kotaraya, Central Market, Menara Maybank,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Tiong Nam (Chow Kit).
Sebanyak tiga orang responden dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati wanita yang
terlibat dalam aktiviti tidak bermoral adalah berpunca daripada latar belakang keluarga,
tahap pendidikan yang rendah dan penglibatan dalam pekerjaan yang menjanjikan
pendapatan yang lumayan. Masalah lain turun menyumbang ialah masalah sumber
kewangan yang tidak mencukupi, masalah tiada tempat tinggal, konflik keluarga dan
kefahaman agama Islam sangat rendah. Kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera
ialah mendekati golongan dengan hikmah, menyediakan tempat tinggal sementara,
membawa mereka mendalami kelas pengajian agama dan membantu sumber kewangan
secara latihan kemahiran yang sesuai dengan keupayaan mereka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Abdul Munir
abdmunir@fsk.upsi.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > Feminist ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Conference on Heritage and Civilisation (ICHAC) 2018
Event Dates: 2-3 May 2018
Page Range: pp. 5-13
Keywords: masalah sosial; wanita; punca; cara menangani; wanita sejahtera
Date: May 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34894
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34894.pdf] Text
34894.pdf

Download (195kB)

ID Number

34894

Indexing

Statistic

Statistic details