Perkhidmatan bot penambang sebagai alternatif pengangkutan dan pelancongan di Kuala Terengganu / Alifah Amanina Mohd Zaki

Mohd Zaki, Alifah Amanina and Mohd Kamarol Bahari, Siti Amalina (2010) Perkhidmatan bot penambang sebagai alternatif pengangkutan dan pelancongan di Kuala Terengganu / Alifah Amanina Mohd Zaki. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bot penambang di Negeri Terengganu merupakan satu pengangkutan yang unik kerana jarang digunakan di negeri lain dan ia juga mempunyai warisan tersendiri yang harus dikekalkan hingga kini. Pengangkutan air ini bergantung kepada sumber perairan seperti sungai. Oleh itu, lokasi bandar yang berdekatan dengan sungaiamat sesuai bagi dijadikan mod pengangkutan alternatif terutama di kawasan yang mengalami kesesakan lalulintas, pencemaran udara dan sebagainya. Selain itu, bot penambang berpotensi dijadikan tarikan pelancong dari luar negara serta menjadi sumber pendapatan kepada pengusaha bot, khususnya bagi penduduk setempatdimana mereka menggunakan bot penambang bagi kegunaan harian untukbergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia dijadikan sebagai salah satu jalan alternatif dari Kuala Terengganu ke Kampung Seberang Takir serta kekawasan sekitarnya. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapiterhadap perkhidmatan bot penambang ini, iaitu dari segi isu penyelenggaraan, ciriciri keselamatan yang kurang terjamin dan tiada rangkaian perhubungan ke tempat tarikan pelancongan sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan mengikut lima peringkat iaitu mengenalpasti isu dan masalah dan pembentukan matlamat serta objektif,kajian teoritikal, kaedah pengumpulan data, menganalisis data dan penemuan, dan cadangan dan rumusan. Bagi kajian akhir ini juga, terdapat tiga kaedah kajian yang digunakan iaitu kaedah pengamatan, kaedah temubual dan kaedah soal selidik.Kaedah pengamatan dilakukan oleh pengkaji sendiri dengan melihat dan memantau perkhidmatan bot penambang. Manakala kaedah temubual pula adalah kaedah yang melibatkan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Persatuan Bot Penambang Seberang Takir dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kaedah soal selidik dijalankan keatas responden iaitu penumpang, pelancong dan pemandu bot penambang.Dengan adanya perkhidmatan bot penambang di Kuala Terengganu, orang ramaidapat membuat pilihan bagi penggunaan pengangkutan awam yang mudah dansenang. Bagi menarik penumpang memilih pengangkutan air ini, terdapat beberapa cadangan yang dibuat seperti mencantikkan keadaan bot, meningkatkan keselamatan dan keselesaan bot, mengadakan promosi pengangkutan air, dan sebagainya. Dengan adanya pelbagai kelebihan bot penambang, ia berpotensi untuk dikekalkan dan dimajukan sebagai mod pengangkutan di Negeri Terengganu.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zaki, Alifah Amanina
UNSPECIFIED
Mohd Kamarol Bahari, Siti Amalina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Kamariah
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Water transportation
H Social Sciences > HG Finance > Insurance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Bot, Terengganu, Pengangkutan
Date: October 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34678
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34678.PDF] Text
34678.PDF

Download (551kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

34678

Indexing

Statistic

Statistic details