Keberkesanan kaedah SINGONIM dalam membantu pelajar mengingat 13 Rukun Solat / Norzira Ahmad

Ahmad, Norzira (2019) Keberkesanan kaedah SINGONIM dalam membantu pelajar mengingat 13 Rukun Solat / Norzira Ahmad. In: LEC 2019, 17 & 18 April 2019, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Download

[thumbnail of 34217.pdf] Text
34217.pdf

Download (457kB)

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat 13 Rukun Solat menggunakan kaedah “SINGONIM”. Kaedah ini menggabungkan nyanyian dan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukkan akronim. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester dua Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Pelajar-pelajar ini didapati tidak dapat mengingati 13 rukun solat dan membezakan antara rukun qalbi, qauli dan fi’li. Bagi membantu kajian ini, beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu ujian, pemerhatian tidak berstruktur serta soal selidik. Hasil analisis data mendapati hampir kesemua responden menunjukkan peningkatan positif dalam mengingat 13 rukun solat ini. Peratusan responden menguasai rukun-rukun tersebut telah meningkat daripada 0% semasa ujian pra kepada 82% selepas ujian pos. Manakala berdasarkan pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah SINGONIM untuk menguasai 13 rukun solat berupaya meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian tindakan menunjukkan penggunaan kaedah SINGONIM dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Ahmad, Norzira
norziraptss@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: LEC 2019
Event Dates: 17 & 18 April 2019
Page Range: pp. 140-155
Item ID: 34217
Uncontrolled Keywords: Kaedah SINGONIM; 13 rukun solat; kemahiran mengingat
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34217

ID Number

34217

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item