Abstract
Proses pembentukan akhlak dan penerapan nilai murni dalam diri pelajar yang sering dikaitkan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam dilihat sebagai tidak berhasil apabila penyakit sosial seperti keruntuhan akhlak dan masalah disiplin semakin menular dalam kalangan pelajar. Amalan pengajaran berkesan yang kurang dipraktikkan menyebabkan pelajar tidak menguasai kemahiran insaniah yang amat dititikberatkan pada masa kini. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan untuk membuat penilaian secara kritis tentang persepsi pelajar terhadap pensyarah Unit Pendidikan Islam dari sudut kaedah pengajaran, gaya interaksi dan gaya personaliti. Responden terdiri daripada 120 orang pelajar semester dua Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan elemen soal selidik untuk proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati persepsi positif diberikan oleh pelajar terhadap pensyarah Unit Pendidikan Islam. Sesungguhnya, usaha dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kerjasama yang padu daripada pensyarahpensyarah, pihak Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) serta pihak pengurusan politeknik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ghazali, Mohd Ghazali norhafizahmohdghazali@gmail.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019 |
Event Dates: | 17-18 April 2019 |
Page Range: | pp. 67-82 |
Keywords: | Persepsi pelajar; kaedah pengajaran; gaya interaksi; gaya personaliti |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34210 |