Pendekatan pendidikan seni visual terhadap terapi kognitif orang kurang upaya / Muhamad Firdaus Ramli...[et al.]

Ramli, Muhamad Firdaus and Zalay @ Zali, Abdul Aziz and Basiron, Nurazry (2019) Pendekatan pendidikan seni visual terhadap terapi kognitif orang kurang upaya / Muhamad Firdaus Ramli...[et al.]. In: e-proceedings Design Decoded 2019, 19 - 20 June 2019, Mangrove Tourism Complex, Sungai Merbok 08000 Sungai Petani, Kedah.

Download

[thumbnail of 34139.pdf] Text
34139.pdf

Download (3MB)

Abstract

Makalah ini mengungkapkan pengamatan instruksi terapi dalam pendidikan seni visual terhadap bakat Orang Kurang Upaya (OKU). Faktor kritikan dan penerimaan terhadap pengajaran ilmiah melalui aktiviti seni visual berupaya menonjolkan bakat artistik peserta dari golongan unik OKU yang terpilih. Peserta OKU yang terlibat adalah terdiri dari golongan pekak, bisu dan kekurangan anggota badan. Aktiviti terapi seni visual melibatkan aspek pembinaan kognitif terhadap pergerakan fizikal dan mental peserta OKU. Selain itu, instruksi aktiviti pendidikan seni visual dapat mengenalpasti aras sensetiviti pola pemikiran kreatif peserta OKU secara langsung. Objektif utama makalah ini adalah untuk membuka lembaran dan lapangan pemikiran terhadap konsep unsur dan prinsip seni visual yang diperlukan oleh golongan OKU. Melalui aktiviti pendekatan terapi dalam pendidikan seni visual, peserta OKU telah melengkapkan tugasan pengkaryaan artistik. Penilaian dan penganalisaan dilakukan terhadap penghasilan karya untuk melihat aras keupayaan pemahaman peserta OKU dalam meneruskan kelangsungan pengkaryaan. Perkongsian asas seni visual secara fizikal telah mendorong penjanaan emosi peserta OKU dalam memberikan tumpuan kepada pengajaran seni visual yang bakal disampaikan. Pendekatan penyelidikan adalah secara kualitatif dengan menjalankan permerhatian turut serta dalam aktiviti asas lakaran. Dijalankan penerangan terhadap unsur dan prinsip seni visual serta asas teknik lakaran kepada peserta OKU. Persampelan secara bertujuan dengan tiga tugasan melakar sebagai penerimaan asas dalam interaksi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah analisa dokumen dalam penjanaan artistic digunakan untuk memberikan tumpuan kepada pola lakaran yang disampaikan. Dapatan dari pengamatan program asas lakaran berupaya menonjolkan teori dalam amalan praktis seni visual secara khusus. Melalui aktiviti asas lakaran dalam seni visual dapat mengangkat keilmuan yang sedia ada ke dalam faktor penerimaan kognitif peserta OKU. Jesteru itu, imbalan dan implikasi dari penyelidikan ini meningkatkan gaya cetusan rasa peserta OKU untuk menjalankan prosedur pembelajaran. Karya visual peserta OKU berfungsi sebagai pelengkap dalam menjanakan aktiviti secara khusus. Konsep estetika dalam objektiviti penyelidikan dipilih untuk menonjolkan aktiviti seni visual dengan lebih wajar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Ramli, Muhamad Firdaus
firdaus.ramli@fskik.upsi.edu.my
Zalay @ Zali, Abdul Aziz
abdul.aziz@fskik.upsi.edu.my
Basiron, Nurazry
ridzuan@fskik.upsi.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: e-proceedings Design Decoded 2019
Event Dates: 19 - 20 June 2019
Page Range: pp. 113-123
Item ID: 34139
Uncontrolled Keywords: Terapi Kognitif; Peserta Orang Kurang Upaya; Pengkaryaan; Aktiviti Seni Visual
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34139

ID Number

34139

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item