Kecenderungan membaca Majalah Ujang di kalangan remaja berusia 15 tahun / Mohd Ridzuan Khalid

Khalid, Mohd Ridzuan (2001) Kecenderungan membaca Majalah Ujang di kalangan remaja berusia 15 tahun / Mohd Ridzuan Khalid. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Tujuan utarna tesis ini dilakukan adalah untuk rnemenuhi syarat ijazah bagi kursus Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik).Selain dari itu,tesis ini juga bertujuan untuk mengkaji rnengenai kecenderungan rnembaca Majalah Kartun Ujang dikalangan rernaja berurnur 15 tahun. Kepentingan kajian ini antara lainnya ialah untuk memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang Majalah Kartun Ujang. Ia juga akan dapat menberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar dan masyarakat umumnya mengenai elemen-elernen senireka yang terdapat dalam Majalah Kartun Ujang. Disarnping itu juga ia dapat memberi maklurnat rnengenai kecenderungan pelajar berumur 15 tahun ke atas Majalah Ujang.Metodologi yang dijalankan dalam kajian ini adalah dengan rnenggunakan tiga kaedah iaitu menemubual pihak-pihak yang terlibat dalam kajian ini.Kaedah kedua adalah melalui soal selidik iaitu pengkaji akan membuat borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang dipilih bagi mendapatkan jawapan. Kaedah ketiga pula adalah melalui pernerhatian dan menganalisa elemen-elemen seni yang digunakan serta membuat perbandingan terhadap bahan bacaan komik yang lain seperti Majalah Apo, Gila-Gila dan sebagainya. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan kajian ini adalah, terdapat unsur-unsur kejenakaan yang memang berkesan dalam mernpengaruhi minat membaca dikalangan remaja sekitar 15 tahun. Selain itu juga, faktor penyampaian visual (illustrasi) yang baik juga adalah antara penyebab majalah ini diminati oleh golongan remaja khusunya sekitar umur 15 tahun. Skop kajian Sebab utama majalah Ujang ini dipilih adalah kerana tiada kajian dibuat mengenainya sebelum ini .Selain itu, penulis memilih majalah Ujang adalah kerana majalah ini merupakan antara bahan bacaan humor yang digemari oleh remaja. Dari itu penulis ingin membuat kajian terhadap faktor-faktor utama yang menyebabkan remaja berusia 15 tahun gemar membaca majalah ujang. Majalah Ujang juga merupakan antara bacaan humor yang sudah lama dikenali oleh masyarakat khususnya golongan rernaja. Selain itu ia juga mengandungi unsur unsur cerita berunsur nasihat. Majalah Ujang juga adalah antara majalah yang kartunisnya terdiri daripada anak melayu tempatan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khalid, Mohd Ridzuan
98430762
Subjects:
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Keywords: Membaca; Remaja; Majalah; Ujang
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33845
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33845.pdf] Text
33845.pdf

Download (1MB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries

ID Number

33845

Indexing

|

Statistic

Statistic details