Abstract
Dalam kajian ini, Sistem Reaktor Anaerobik Sesekat (ABR) telah digunakan. Penentuan jenis reaktor yang dapat memberikan hasil pengeluaran gas dan COD efluen yang optimum dijalankan. Penggunaan perisian SuperPro Designer digunakan untuk menentukan hasil COD keluaran dan komposisi gas metana yang terhasil. Kajian yang dilakukan ini hanya mengfokuskan kepada bilangan sesekat yang berlainan yang dapat mempengaruhi keberkesanan menghasilkan komposisi metana dan COD keluaran yang optimum. Bilangan sesekat yang dikaji ialah 3, 4, 5 dan 6 sesekat. Setelah melakukan simulasi dan nilai yang terhasil dibandingkan dengan nilai purata setiap kes untuk mendapatkan reaktor yang optimum. Keputusan ujikaji yang diperolehi ialah bagi kes sisa kumbahan dapur, didapati bahawa reaktor yang optimum adalah reaktor yang mempunyai 4 sesekat yang mana nilai COD keluaran dan komposisi gas metana adalah 32655 mg O/L dan 68 %. Bagi kes sisa perindustrian dan sisa buangan kelapa sawit, reaktor dengan 4 sesekat dikenalpasti sebagai reaktor paling optimum yang mana nilai COD keluaran sebanyak 8067 mg O/L dan 3900 mg O/L manakala komposisi gas metana adalah 33 % dan 37%. Dalam kes sisa najis binatang, didapati bahawa reaktor yang optimum adalah reaktor yang mempunyai 4 sesekat yang mana nilai COD keluaran dan komposisi gas metana adalah 30865 mg O/L dan 32 %.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Zulhafizal UNSPECIFIED Mohd Basri, Noor Ezlin UNSPECIFIED Md Zain, Shahrom UNSPECIFIED Malakahmad, Amirhossein UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry T Technology > TP Chemical technology > Methane |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2682-9223 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Keywords: | Reaktor Anaerobik Sesekat (ABR), SuperPro Designer®, Pengoptimuman, Biogas, Sisa Organik |
Date: | December 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33745 |