Satu kajian analisis mengenai kesan animasi Usop Sontorian terhadap kanak-kanak / Hartati Jumiran

Jumiran, Hartati (1999) Satu kajian analisis mengenai kesan animasi Usop Sontorian terhadap kanak-kanak / Hartati Jumiran. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai teknologi terkini. Pencapaian agak memberangsangkan termasuklah kejayaannya di dalam dunia hiburan kanak-kanak.
Kelahiran kartun animasi versi Malaysia dan Melayu adalah satu petanda yang sihat
dalam pembangunan perfileman tanahair khususnya dalam pembangunan teknologi
terkini. Antara penghasilan kartun animasi buatan Malaysia hasil karya dan ketekunan anak muda tempatan yang telah berjaya ialah siri animasi Usop Sontorian. Siri animasi ini diiktiraf sebagai kartun animasi versi Melayu pertama diterbitkan di Malaysia iaitu
pada tahun 1996. Pembabitan dan minat anak tempatan melahirkan siri ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui sejarah dan perkembangan serta latar belakang penerbitan siri tersebut. Penulis juga akan rnengupas persoalan lain antaranya kesan animasi ini kepada kanak-kanak, pengaruh dan kepentingannya dan bagaimana ia mempengaruhi proses pendidikan dan kemasyarakatan.

Ibarat kata Rejabhad, seorang penulis dan pengkarya kartun Malim Meman terbita majalah humor GILA-GILA, "kalau kita mencari perubahaan, kita akan dapat kerana sesuatu yang baharu itu berubah-ubah, Kalau kita mencari kepuasaan, kita tak akan jumpa sama perbuatannya dengan orang yang mencari kaki langit". Begitulah juga sebagai penulis. Tidak cukup dengan hanya melihat siri animasi tempatan ini berkembang maju dengan pelbagai perubahan teknik dan jalan cerita tanpa perIu mengetahui cerita di belakang tabirnya yang meliputi persoalan kepentingan, pemintaan, suasana, gaya hidup, iktibar dan tauladan serta keberkesanannya melalui komentar masyarakat dan kanak-kanak untuk dijadikan rumusan bagi mencetuskan idea dan cadangan dalam usaha penulis membangkitkan semangat anak tempatan yang lain juga para pengusaha produksi animasi agar menjadikan kajian ini sebagai salah satu bahan untuk dijadikan panduan dan iktibar dalam usaha meningkatkan mutu dan taraf animasi versi Melayu kelahiran anak-anak tempatan. Selainnya semoga kajian ini dapat menjadi bahan bantuan sampingan kepada penulis-penulis lain yang berminat mengetahui cerita di sebalik tabir penerbitan animasi tempatan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jumiran, Hartati
96460584
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > Animated films
T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography)
T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography) > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Keywords: Kesan animasi; Kartun animasi; Usop Sontorian; Kanak-kanak
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33697
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33697.pdf] Text
33697.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

33697

Indexing

Statistic

Statistic details