Abstract
Perkembangan semasa yang berlaku di negara maju mahupun di Malaysia, telah menyaksikan peningkatan penglibatan wanita di alam perkerjaan. Wanita menyumbang sebanyak 50% tenaga kerja dan daripada jumlah ini 70% adalah yang sudah berkeluarga. Kajian samada di barat atau di negara-negara Asia sering mendapati wanita bekerja dikaitkan dengan kesan negatif kerja ke atas keluarga. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan faktor masa bekerja dan keluarga serta faktor umur anak dalam mempengaruhi tahap stres bekerja. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui borang soal selidik secara terus kepada responden di tempat kerja . Dapatan kajian mendapati semakin banyak masa diperuntukkan untuk bekerja dan keluarga, maka semakin tinggi tahap stres yang dialami oleh wanita bekerja ini. Faktor umur anak turut mempengaruhi iaitu wanita bekerja yang mempunyai anak dibawah umur 6 tahun menghadapi stres yang paling tinggi. Akhir sekali kertas kerja ini akan mencadangkan beberapa cara untuk mengimbangi stres wanita di tempat kerja.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sabil, Surena surena@fcs.unimas.my Marican, Sabitha sabitha@um.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Psychological tests and testing B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings |
Event Dates: | 26 to 27 May 2010 |
Page Range: | pp. 1-7 |
Keywords: | Masa bekerja dan keluarga; umur anak; stres; dasar mesra keluarga |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33552 |