Abstract
ensejarahan berkaitan penyebaran Islam tercatat dalam banyak manuskrip dan buku sejarah lama. Namun begitu, catatan sejarah tersebut masih boleh dipertikai kesahihannya selagi pembuktian pensejarahan tersebut dilaksanakan. Matlamat utama penulisan ini adalah untuk menghimpunkan bukti arkeologi berkaltan penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini disusun dari catatan sejarah awal dan teori penyebaran Islam ke Malaysia. Penerangan berbentuk kronologi penyebaran Islam dilaksanakan oleh penyelidik dari kerajaan ke kerajaan (Acheh, Samudera Pasal, Melaka) di rantau Tamadun Melayu. Selain itu, pensejarahan berkaitan kerajaan penting (Johor, Terengganu, Manjung, Kelantan, Perak dan Beruas) di Semenanjung Malaysia dijelaskan dalam penemuan penulisan sejarah. Selepas itu, pembuktian kewujudan Islam berdasarkan pengaruh kerajaan yang diceritakan berdasarkan penemuan artifak penting (inskripsi papan batu, batu bersurat, batu nisan) yang tercatat atasnya tentang penerangan penting (nama, tahun, bentukkan artifak yang memiliki pengaruh). Kajian ini akan memberi satu takrifan baru dalam meletakkan topologi kedatangan Islam di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga diharap dapat menjadi rujukan penting dalam usaha penyusunan semula sejarah Malaysia khususnya dan sejarah Alam Melayu umumnya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Hanif, Md Noor nhanif2a@gmail.com |
Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > Pottery C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > Pottery > Malaysia C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > Historic sites. Cultural property |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 77-86 |
Keywords: | Arkeologi, Penyebaran Islam, Semenanjung Malaysia |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33471 |