Perisian pengarangan multimedia dalam e-pembelajaran / Khairul Nizam Abdul Halim

Abdul Halim, Khairul Nizam (2006) Perisian pengarangan multimedia dalam e-pembelajaran / Khairul Nizam Abdul Halim. In: Prosiding Kolokium 2004-2006 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan perisian
pengarangan multimedia di pasaran iaitu sama ada ianya
adalah perisian pengarangan atau sebaliknya. Penentuan
dibuat berdasarkan kepada definisi asas bagi sesuatu
perisian pengarangan multimedia. Kajian ini juga
berminat untuk menentukan sama ada perisian-perisian
ini digunakan dalam e-pembelajaran atau sebaliknya.
Penentuan perisan pengarangan multimedia di pasaran
dan dalam e-pembelajaran menggunakan kaedah data
kedua dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati perisian perisian pengarangan multimedia yang terdapat di
pasaran boleh digunakan untuk tujuan e-pembelajaran.
Kajian kes sistem e-pembelajaran i-learn di UiTM
dilakukan untuk tujuan itu. Hasil kajian juga mendapati
perisian pengarangan multimedia di pasaran dan dalam
e-pembelajaran boleh dikategorikan mengikut sifat
operasinya iaitu linear, timeline/movie, object-·oriented
dan iconic. Hasil kajian yang terakhir adalah dapat
menentukan perisian pengarangan multimedia yang
bersifat linear bagi operasi pembangunan perisian
multimedia adalah seperti Microsoft PowerPoint dan
Kai's Power Show. Perisian pengarangan multimedia
bersifat timeline seperti Macromedia Director dan
Macromedia Flash. Perisian pengarangan multimedia
bersifat object-oriented seperti Multimedia Fusion dan
mTropolis. Perisian pengarangan multimedia bersifat
iconic seperti Macromedia Authorware dan Allen
Communication Quest. Penentuan adalah penting untuk
pemilihan perisian pengarangan yang tepat dalam
sesuatu pembangunan aplikasi e-pembelajaran demi
mengelak daripada pembaziran masa, tenaga dan kos

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Halim, Khairul Nizam
khairulnizam@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding Kolokium 2004-2006 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Page Range: pp. 27-34
Keywords: Perisian pengarangan, e-pembelajaran, Educational technology
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33413
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33413.PDF] Text
33413.PDF

Download (2MB)

ID Number

33413

Indexing

|

Statistic

Statistic details