Abstract
Abu A’la Al-Maududi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terkenal pada abad ke-20. Pemikiran beliau banyak menyentuh tentang teori politik Islam, konsep politik Islam, prinsip umum Islam dalam masalah politik dan sebagainya. Beliau juga banyak menyentuh tentang asas dan hakikat negara Islam, struktur negara Islam dan perlembagaan Islam. AI-Maududi memerangi kelompok yang mengkagumi peradaban Barat. Beliau memberi perhatian utama terhadap perbahasan mengenai nilai-nilai peradaban Barat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Beliau seterusnya menjelaskan tentang keunggulan Islam dari berbagai sudut agar dapat mengembalikan kepercayaan diri kaum Muslimin kepada agama mereka dan mempunyai rasa bangga pada identiti yang mereka miliki serta akhirnya dapat mengambil manfaat dari segi positif peradaban Barat dan membuang yang negatif. Dalam mengemukakan paradigmanya ini Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan kerana konsep "ummah lslamiyyah" harus ditegakkan hanya berasaskan aqidah Islam. Kertas ini pada keseluruhannya akan membincangkan secara ringkas mengenai latar belakang kehidupan dan beberapa pandangan beliau tentang sistem politik Islam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. P. Rameli, Mohd Faizal faizal061@melaka.uitm.edu.my Mohd Amin, Suhaida suhaida294@uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam J Political Science > JA Political science (General) > Political science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings |
Event Dates: | 26 to 27 May 2010 |
Page Range: | pp. 1-7 |
Keywords: | al-Maududi; Pemikiran; Sistem Politik; Politik Islam |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33398 |