Pengagihan skim bantuan zakat asnaf fakir dan miskin mengikut konsep had Al-Kifayah / Emie Sylviana Mohd Zahid

Mohd Zahid, Emie Sylviana (2010) Pengagihan skim bantuan zakat asnaf fakir dan miskin mengikut konsep had Al-Kifayah / Emie Sylviana Mohd Zahid. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Abstract

Skim bantuan zakat yang diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin oleh institusi zakat di Malaysia memainkan peranan penting dalam mengeluarkan seseorang dari belenggu kemiskinan. Ini kerana dengan adanya skim bantuan zakat tersebut, segala keperluan asas (dharuriyyah) dapat dipenuhi malahan kualiti kehidupan umat Islam dapat dipertingkatkan. Ini memberi impak yang amat besar dalam pembangunan ummah terutama dalam aspek ekonomi dan sosial. Justeru pengagihan skim bantuan yang dilaksanakan perlu melihat kepada konsep had al-kifayah itu sendiri supaya kadar yang diberikan kepada asnaf fakir dan miskin dapat memenuhi kecukupan atau keperluan hidup mereka sehingga terkeluar mereka dari belenggu kemiskinan dengan mengambil kira perbezaan setempat, masa, keperluan semasa dan keadaan sosioekonomi. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama iaitu perlindungan, makanan, pakaian, pendidikan, perubatan dan pengangkutan. Kadar keperluan antara individu adalah berbeza mengikut kategori iaitu isi rumah, lokasi dan status rumah. Dalam soal memenuhi keperluan asasi asnaf, penulisan ini telah mengupas konsep had al-kifayah (kadar kecukupan) dalam skim bantuan zakat menurut pandangan syarak dan amalannya di Malaysia. Penulisan yang berbentuk konseptual ini menjelaskan dua objektif utama iaitu memberi kefahaman umumtentang konsep had al-kifayah dan menilai sejauh mana had al-kifayah dalam skim bantuan zakat asnaf fakir dan miskin di Malaysia sekarang memenuhi kadar kecukupan mereka. Penulisan ini menggunakan metode penyelidikan kepustakaan, metode kajian lapangan melalui wawancara dan metode analisa data bagi mencapai objektif tersebut. Hasil penulisan ini mendapati bahawa had al-kifayah dalam skim bantuan zakat yang dilaksanakan perlu dilihat supaya kadar yang diberikan dapat memenuhi keperluan asas fakir dan miskin dalam jangka pendek dan jangka panjang serta bebas dari belenggu kemiskinan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zahid, Emie Sylviana
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-12
Keywords: Skim Bantuan Zakat; Asnaf Fakir dan Miskin; Had al-Kifayah
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33349
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 33349.pdf] Text
33349.pdf

Download (409kB)

ID Number

33349

Indexing

Statistic

Statistic details