Abstract
Kemiskinan masih merupakan masalah serius kepada masyarakat Orang Asli. Maklumat rasmi
kerajaan serta kajian daripada penyelidik mendapati kadar kemiskinan mereka melebihi lima
puluh peratus. Kajian kemiskinan Orang Asli ini hanya tertumpu kepada keadaan kemiskinan
mereka iaitu bagi mendapatkan sama ada nilai kadar kemiskinan, jurang kemiskinan mahupun
keperitan kemiskinan. Tumpuan tidak diberikan kepada faktor yang menyebabkan kemiskinan
mereka. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor sebenar yang
menyumbang kepada kemiskinan tersebut. Keputusan kajian melalui analisis model multinomial
logit mendapati kemiskinan masyarakat Orang Asli secara signifikan disumbang oleh tahap
pendidikan mereka yang masih rendah, lokasi penempatan di pedalaman, tumpuan kepada
bekerja sendiri dari hasil hutan, KIR wanita, KIR yang umur muda serta saiz isi rumah yang
kecil. Melalui dapatan ini pihak kerajaan dapat memberi perhatian kepada faktor-faktor tersebut
dalam menangani masalah kemiskinan Orang Asli melalui program-program khusus untuk
mereka.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Harun, Mohd Fauzi UNSPECIFIED Abu Bakar, Mohd Afandi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Keywords: | Orang Asli, Kemiskinan |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3304 |
Download
LP_MOHD FAUZI MOHD HARUN 10_5 1.pdf
Download (236kB)