Analisis perbandingan aplikasi penentuan arah kiblat dalam telefon pintar Asus Zenfone 2 dan Huawei P9 Lite / Nurulhuda Ahmad Zaki and Muhammad Asyraff Anuar

Ahmad Zaki, Nurulhuda and Anuar, Muhammad Asyraff (2018) Analisis perbandingan aplikasi penentuan arah kiblat dalam telefon pintar Asus Zenfone 2 dan Huawei P9 Lite / Nurulhuda Ahmad Zaki and Muhammad Asyraff Anuar. Voice of Academia (VOA), 13 (2). pp. 35-47. ISSN 2682-7840

Official URL: https://voa.uitm.edu.my/

Abstract

Penggunaan telefon pintar untuk tujuan penentuan arah kiblat di kalangan masyarakat awam dilihat lebih praktikal digunakan berbanding teodolit dan kompas. Ini kerana setiap individu dewasa pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon pintar untuk kegunaan mereka. Namun berlaku lambakan dalam penghasilan aplikasi arah kiblat dalam telefon pintar oleh orang perseorangan serta syarikat persendirian. Terdapat sebanyak 248 aplikasi arah kiblat dalam telefon pintar pada tarikh kemaskini 15 Januari 2018. Jumlah ini berubah serta bertambah dari masa ke masa tanpa sekatan. Dalam akhbar Berita Harian, pada Isnin 29/05/2017 melaporkan mereka dengan Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) telah menguji ketepatan 10 aplikasi arah kiblat yang dipilih secara rawak di lokasi sangat kurang pengaruh magnetik. Hasil pengujian tersebut menunjukkan kebanyakkan aplikasi tersebut adalah tidak tepat malah tersasar jauh di antara 5° hingga 45° dari arah kiblat yang sebenar. Objektif kajian ini dilaksanakan untuk menguji kadar perbezaan bacaan data-data aplikasi arah kiblat yang ditunjukkan oleh dua telefon pintar iaitu asus zenfone 2 dan Huawei P9 Lite. Sebanyak 20 aplikasi arah kiblat dipilih berdasarkan jumlah rating pengguna. Hasil kajian terhadap 20 aplikasi tersebut menunjukkan hanya 16 aplikasi menunjukkan kadar had pesongan tidak melebihi 10°. Sebaliknya 4 lagi aplikasi iaitu Qibla Direction, iQibla, Qibla 5, dan Visual Qibla memaparkan had pesongan sudut arah kiblat melebihi 10°. Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan had pesongan melebihi 10° tidak diterima serta menyebabkan ibadah solat tidak sah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Zaki, Nurulhuda
UNSPECIFIED
Anuar, Muhammad Asyraff
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Mobile computing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: Voice of Academia (VOA)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Voice of Academia (VOA)
ISSN: 2682-7840
Volume: 13
Number: 2
Page Range: pp. 35-47
Keywords: Arah Kiblat; Berita Harian; Aplikasi Arah Kiblat; Telefon Pintar
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32568
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_NURULHUDA AHMAD ZAKI VOA K 18.pdf] Text
AJ_NURULHUDA AHMAD ZAKI VOA K 18.pdf

Download (2MB)

ID Number

32568

Indexing

Statistic

Statistic details