Permainan mudah alih dan kanak-kanak / Aznan Omar

Aznan, Omar (2017) Permainan mudah alih dan kanak-kanak / Aznan Omar. IDEALOGY, 2 (1). pp. 137-149. ISSN 2550-214X

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan menganalisis interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital yang menjelaskan amalan dan tingkah laku manusia terhadap teknologi mudah alih. Keseronokan di dalam budaya berhibur yang melibatkan teknologi digital telah menjadikan permainan mudah alih (mobile games) menjadi popular di kalangan pengguna muda termasuk kanakkanak. Kajian ini adalah untuk mengembangkan idea tentang fenomena kanakkanak yang obsesi pada teknologi dan keseronokan bermain permainan mudah alih diterjemahkan dalam konteks karya seni arca. Fabrikasi karya dilakukan menerusi studio praktis dan dibuat interpretasi terhadap karya yang telah dihasilkan. Daripada isu-isu yang digarap dapat dijadikan panduan untuk merealisasikan satu bentukan baru seni arca instalasi yang cuba untuk di rungkai persoalan tentang kecenderungan golongan muda masa kini yang terpengaruh dengan budaya berhibur. Trend kanak-kanak yang menyerap teknologi tanpa kawalan akan berisiko melakukan perlakuan khusus termasuk penggunaan yang berlebihan sehingga menjejaskan aspek-aspek lain dalam hidup mereka.

Download

[img] Text
32563.pdf

Download (3MB)

ID Number

32563

Others


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year