Abstract
Perancangan menu yang sihat merupakan suatu tugasan yang penting bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya kepada pesakit diabetis disebabkan mereka perlu membuat perancangan menu dengan mempertimbangkan kekangan-kekangan seperti keperluan kalori yang konsisten dan juga makanan-makanan yang perlu dielakkan. Walaupun secara dasarnya pesakit-pesakit ini terdedah dengan pelbagai informasi tentang diet sihat, namun keupayaan untuk menghasilkan kombinasi makanan supaya berada dalam komposisi yang seimbang jarang boleh dilakukan oleh mereka yang tiada pengetahuan khusus tentang diet. Pada sesetengah kes, mereka sangat-sangat memerlukan nasihat dan panduan daripada pakar untuk mengikut diet yang telah dirancang berdasarkan kekangan-kekangan seperti keadaan kesihatan dan makanan kebiasaan harian. Merancang menu yang bersesuaian untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan adalah tugas yang sukar kerana selesaian yang dihasikan oleh pakar pemakanan atau dietitian kebiasaannya adalah sangat subjektif dan sukar untuk diwakilkan dalam bentuk yang sistematik. Penyelidikan ini memberi fokus untuk merekabentuk satu model perwakilan pengetahuan yang akan digunakan untuk membangunkan pangkalan pengetahuan yang mengandungi kes-kes yang terdahulu. Pangkalan pengetahuan ini akan digunakan bagi tujuan proses capaian. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk merekabentuk satu model rangkakerja untuk perwakilan pengetahuan dalam domain diet berdasarkan set petua, pengetahuan dan pengalaman yang dilalui oleh pakar. Memory Organization Packet atau MOP adalah pendekatan yang dicadangkan untuk digunakan bersama-sama dengan Sukatan Kesamaan (Similarity Measure) untuk tujuan proses pemadanan kes-kes baru dengan kes-kes lama. Penyelidikan ini juga akan menggunakan data sebenar yang dikumpulkan daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) dan keberkesanannya akan diuji menggunakan teknik-teknik pengujian yang telah ditetapkan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Khairudin, Nurkhairizan UNSPECIFIED Azizan, Azilawati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Mohd Noah, Shahrul Azman (Prof. Dr) UNSPECIFIED Contributor Azizan, Azilawati UNSPECIFIED Contributor Jelani, Ahmad Bakhtiar UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > System design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | Memory organization packets, menu sihat, diabetis |
Date: | May 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32263 |
Download
32263.pdf
Download (4MB)